” Peluk siapa dulu pun jadi hal.. ” – Ajak Shiro

Video Anak Perempuan Ajak Shiro, Nada Sofea Meraj0k Dengan Ajak Kerana Tidak Memeluknya Dahulu Buat Ramai Yang Terhibur. Alahai Jeal0us Ter0k dengan Ibu Ni !!

Siapa tidak mengenali pelawak yang serba boleh ini iaitu Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi. Terdahulu, bakat lawaknya telah dicungkil menerusi program Raja Lawak. Dalam pertandingan tersebut, Ajak telah bergandingan bersama Shahrol dan membentuk satu kumpulan yang dinamakan sebagai Shiro.

Selain mempunyai bakat dalam bidang lawak, Ajak juga mempunyai bakat dalam lakonan dan pengacaraan. Kini, Ajak merupakan seorang penyampai radio di stesen radio Suria FM. Umum mengetahui, Ajak telah bergandingan bersama pelawak Issey Fadzlisham dan Fizi Ali dalam segmen Team Suria Pagi.

Berita tentang kehidupannya,  Ajak telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Nor Afifah binti Amin yang merupakan seorang guru. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Jad Thaqif, Mohd Had Thaqif dan Nada Sofea.

Hasil tinjauan di akaun Instagram, Ajak telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya bersama anak bongsunya, Nada. Perkongsian video itu rupanya Nada sedang meraj0k dengan Ajak kerana Ajak telah memeluk ibunya dahulu sebelum dirinya. Aksi Ajak cuba memuj0k anak daranya itu pasti membuat sesiapa sahaja pasti tersenyum.

Jom tonton video tersebut di bawah ini :

Rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi dua beranak ini menerusi video yang dikongsikan oleh Ajak. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tu sampai bila2 dia ungkit tuh… “

” Cari pasal lagi dengan perempuan … Hal ni akan berungkit tau nnti tau, hahahaha.. “

” Allahhu anak… Nasib dpt babah yg sabar nak melayan.. “

” Olorrrrr, comel, anak babah sungguh niw… Babah kena peluk Nada dlu la lps niw br blh peluk ibu.. “

” Budak bambam ini dah pandai jeles ek . Comel.. “

” Ad0i… Nada, Nada… Baba dh serba salah.. Comel lah Nada nie

” Lepas ini, ibu no dua ok, Nada yang pertama, cemb0ru ter0k ni dengan ibu dia.. “

Alahai anak, merajok betul ni dengan baba dia. Biasalah anak bongsu, Nada pula seorang jer anak perempuan Ajak, semestinya anak perempuan ni lebih manja dengan ayahnya. Sweet sangat tengok Ajak puj0k anak daranya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Ajak dan keluarga sentiasa bahagia hingga ke Jannah. Aamin.

Sumber : IG Ajak Shiro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..