” Part last tu comel betul. Permaisuri kami tetap menghiburkan.. ” – Netizen

Gaya Bersahaja KDYMM Raja Permaisuri Agong Bergambar Bersama KDYMM Agong Buat Ramai Terhibur. Wahhh Sempat Lagi Posing Sweet Depan Anak -Anak. Comel Sungguh !!

Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan berangkat melawat mural gergasi. Mural tersebut dilukis pada dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor.

Ia memaparkan potret-potret pemimpin negara, termasuk potret Seri Paduka Baginda. Turut sama ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda-anakanda Baginda.

Lawatan tersebut yang mengambil masa 30 minit dan Al-Sultan Abdullah telah menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada ketiga-tiga pelukis mural tersebut. Baginda telah mengurniakan surat penghargaan, cenderahati kenangan dan sumbangan peribadinya.

Menerusi akaun Instagram, gambar-gambar Seri Paduka Baginda dan Tuanku Permaisuri semasa lawatan tersebut telah dikongsikan. Namun begitu, aksi bersahaja Tuanku Permaisuri ketika bergambar bersama keluarga membuatkan ramai terhibur.

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

10 Julai 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini berkenan berangkat melawat mural gergasi memaparkan potret-potret pemimpin negara, termasuk potret Seri Paduka Baginda, yang diabadikan pada dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor. Turut berangkat KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan anakanda-anakanda Baginda, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah. Dalam lawatan ini yang bermula pada jam 3.00 petang ini, Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi bersama tiga pelukis muda – Muhammad Suhaimi bin Ali, Muhamad Firdaus bin Nordin dan Abdul Hadi bin Ramli. Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan surat penghargaan, cenderakenangan dan sumbangan peribadi kepada ketiga-tiga pelukis tersebut. Keberangkatan Al-Sultan Abdullah hari ini adalah di atas inisiatif Seri Paduka Baginda sendiri dan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap golongan belia negara. Ianya juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda menyantuni ketiga-tiga pelukis tersebut dan menghargai usaha murni dan hasil titik peluh serta seni mereka yang telah mendapat sambutan hangat dan tular di media sosial. Dalam lawatan ini yang berlangsung selama 30 minit, Al-Sultan Abdullah berkenan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ketiga-tiga pelukis tersebut di atas cara mereka mengekspresikan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara. Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar usaha-usaha ketiga-tiga pelukis tersebut menjadi contoh, sumber inspirasi dan tauladan kepada golongan belia negara untuk lebih menghargai pemimpin dan negara serta menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gambar Tuanku Permaisuri. Antara komen-komen mereka :

” Permaisuri kami tetap menghiburkan. Syg selalu.. “

” Bila mak ayah bersemut dpn anak yg besar.. “

” YDP agong kena temb4k. Temb4kan ke hati dari permaisuri.. “

” Eee. Comel yg last tu.. Royal sweet couple. Tahniah pelukis.. “

” Sweet betul gambar kedua.. Terbaik tuanku.. “

” Yg baju kuning tu juga yg comel. Part last tu comel betul.. “

” Comel raja permaisuri nak pew pew tuanku.. Haha.. “

Alahai, sweet sungguh pasangan Diraja ini. Walaupun anak-anak sudah meningkat dewasa namun sikap romantis antara mereka seperti pasangan baru berkahwin. Inilah yang sepatutnya dikekalkan walaupun sama-sama meningkat usia. Daulat Tuanku !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Istana Negara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..