” Comel je hidangkan kat anak-anak pun bekas tetap vogue.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Anak-Anaknya Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah Sarapan Pagi, Cara Hanis Zalikha Menghidangkan Juadah Pagi Jadi Tumpuan. Macam Level Hotel-Hotel La Kek Nis Ni !!

Hanis Zalikha terkenal sebagai seorang pelakon dan pengacara. Wajah ayunya sedap mata memandang apatah lagi dengan gaya sopan dan pertuturannya yang lemah lembut. Turut mengusahakan perniagaannya sendiri bernama ‘Cakenis’, Hanis semakin dikenali ramai.

Memilih Hairul Azreen sebagai teman hidupnya, Hanis sudahpun memiliki dua orang cahayamata bernama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Kedua-dua anaknya ini memang jadi tarikan ramai kerana wajah comel mereka dan kelatah mereka yang mencuit hati.

Satu perkara yang istimewa tentang Hanis adalah cara didikannya terhadap Yusuf dan Alisa. Sekali pun mempunyai pembantu rumah, Hanis tetap masak untuk suami dan anak-anak. Sesibuk mana sekali pun, airtangannya pasti ada untuk anak-anaknya itu.

Meninjau akaun Instagram, Hanis Zalikha telah berkongsikan beberapa keping gambar suasana paginya. Terlihat Yusuf dan Alisa yang sudah mandi dan sedia di meja makan untuk sarapan pagi. Melihat juadah nasi goreng yang disediakan Hanis jadi tumpuan ramai. Presentation Hanis wow sangat !

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen mereka :

” Bekas letak nasi goreng pon exclusive.. ” 

” Comel je hidangkan kat anak anak pun bekas tetap vogue.. ” 

” Behave je masing masing haih comel !!!.. ” 

” Kenan la tgk mangkuk hidang nasi tu… heee morning.. ” 

” Yusof tengh siapkn keje skolah ke.. smpi garu kple.. ” 

” Suke nau si tada tu.. Abam Yusuf focus.. ” 

Hanis memang selalu perfect dan kemas kerjanya. Patutlah tengok Yusuf teliti dan teratur je ikut mommy rupanya. Apa pun, airtangan ibu memang terbaik untuk anak-anak. Semoga Hanis dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia selalu di samping suami dan anak-anak tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..