” Papanya masih boleh pakai baju yang sama tu yang tak tahan.. ” – Netizen

Video Norman Hakim Meniru Semula Gambar Lama 10 Tahun Yang Lalu Bersama Anak-Anak Cur1 Tumpuan Ramai. Alahai, Comelnya Masing-Masing. Wahhh Hebat Norman Masih Muat Baju 10 Tahun Lepas !!

Semalam merupakan hari lahir anak kedua Norman Hakim bersama bekas isterinya, Abby Abadi. Marissa Dania nama yang begitu indah dan secantik orangnya telah pun mencecah usia 15 tahun. Marissa sememangnya sering menjadi perhatian di media sosial.

Wajahnya yang lembut dan manis saling tidak tumpah seperti wajah ibunya ketika muda. Sempena hari lahir Marissa, Norman telah menitipkan ucapan ringkas buat Marissa di akaun Instagramnya. Ucapan yang ringkas namun memberi maksud yang mendalam telah menyentuh hati sesiapa sahaja yang membaca.

Menurut Norman, beliau akan sentiasa berada bersama anaknya walau apa jua keadaan dan beliau turut memuatnaik video dengan meniru gambar pada 10 tahun yang lalu bersama anak-anak. Gambar pada 2 Julai 2010 diabadikan semula pada 2 Julai 2020.

Apa yang mencur1 perhatian ramai ialah baju yang sama dipakai oleh Norman dan wajah Norman tetap tidak berubah. Danish, Marissa dan Maria juga berjaya meniru gaya yang sama seperti gambar yang lalu. Gambar tersebut diambil selepas Norman berp1sah dengan Abby Abadi.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji penampilan Norman yang tetap tidak berubah dari dahulu hingga kini. Antara komen-komen mereka :

” Papa nye masih boleh pakai baju yg sama tu yg tak tahan…. so cute semua dalam video ni… “

” Baju 10 tahun masih ada spek lain.. contoh papa terbaik.. “

” Patutlaa baby gigit jari.. Ni mesti mkn kek dulu ni .. “

” Seorg papa yg penyayang.taniah mempunyai anak2 yg ramai.happy family. well done norman hakim.rezeki anak2.. “

” Muka papa x berubah laa mana aci.. Papanya x tua2. Makin muda ye.. “

” Semua dri kecik smpai besar cantik2 n ensem.. “

” Ala… Potong bawang lh papa ni.. happy birthday marissa.dania_.. semoga menjd anak yg solehah.. “

Alahai, comel jer Danish, Marissa Dania dan  Maria Danisha. Tapi satu kejayaan buat papanya ialah masih muat baju yang dipakai 10 tahun lalu. Semoga Norman Hakim terus bahagia bersama anak-anak tersayang dan terus menjadi papa yang mithali.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..