” Comelnya Pak Haji kemet0t ni.. ” – Netizen

Video Gelagat Ardy Wira Tunjuk Cara Solat. Alahai Memang Style Le Cara Wira Pakai Kain Pelikat Tu. Part Yang Sebut Allahuakbar Tu Comel Sungguh !!

Pelakon yang juga adik kepada pengarah Erma Fatima, Betty Rahmad sentiasa kelihatan manis dan ceria. Mengahwini Ardy Damis, mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki diberi nama Ardy Wira. Seperti kanak-kanak lain, Wira membesar dengan sihat dan penuh keceriaan.

Telatahnya yang suka tersenyum buat peminat ger4m melihat wajah Wira. Sudah pandai menyebut nama warna, Wira juga cepat mengikuti semua yang dilihatnya. Kanak-kanak seusia Wira memang mudah mengingati pada usia sebegini.

Betty juga rajin melayani anaknya ini dan mengajar Wira dengan pelbagai cara. Sudah boleh mengingati nama watak karton Thomas and Friends buat ramai teruja dengan Wira. Sebelum ini juga, pernah dikongsikan Betty gelagat Wira solat. Selalu melihat mommy dan daddynya solat, Wira mula belajar melalui pemerhatiannya itu.

Menerusi akaun Instagram Ardy Wira, telah dikongsikan gelagat Wira yang lengkap memakai kopiah dan kain pelikat untuk solat. Wira menurut arahan apabila disuruh leh ibunya, Betty solat seperti daddy. Siap buat gaya dalam solat lagi Wira ni.

Jom tonton video diĀ  bawah:

Gelagat Wira ini menghiburkan dan menarik perhatian peminat. Antara komen-komen mereka :

” Comelnye pak hj kemetot ni. Sejuk perot mommy. bijak sungguh.. “

” Imam pun comel adoii. Ramai yer makmum imam ni.. “

” Wira belajar by observing papa ya. Pandai nyer Wira. Wira pick up everything dia nampak then dia practice.. “

” Comey. Imam tonggeng2 jgn terkent0t ye imam.. “

” Ade la gaya pakai kain pelikat tu wira.. “

” Tak boleh rapat saf sekarang wira tapi wira comel la.. hehehe.. “

” Baju raya mummy last year dibuatnya kain pelikat.. “

” Jap jap abang imam I pergi ambik wuduk dulu. Nak lari ke mana.. “

Wira selalu buat aksi comel sebegini. Alhamdulillah didikan yang bagus bermula dari rumah. Bak kata orang, anak ini umpama kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Semoga Wira membesar menjadi anak yang bijak dan berguna untuk kedua ibu bapa. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ardy Wira, IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..