” Pandainya, pandai Betty ajar dia. He’s genius at this age.. ” – Netizen

Betty Rahmad Kongsi Video Ardy Wira Belajar Yang Begitu Menghiburkan. Wahhh Wira Dah Pandai Membaca Ke Tu. Part Last Tu Happynya Dia. Bijak Bijak !!

Nama si cilik Ardy Wira antara kanak-kanak yang popular di kalangan peminat. Anak sulung kepada pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis ini seorang yang ceria dan suka tersenyum. Wira baru sahaja berusia setahun lebih namun sudah pandai menghafal banyak perkara.

Betty pernah berkongsikan gelagat Wira yang pandai menyebut semua karektor karton dalam siri Thomas & Friend dengan betul. Ini membuatkan peminat memuji daya ingatan Wira. Cara Betty mengajar dan mendidik Wira juga menjadi perhatian.

Betty sememangnya sentiasa positif dan sering kelihatan gembira. Macam mana Wira tak suka tersengih, mommynya pun begitu perangainya. Banyak video Wira yang disukai peminat dan selalu mendapat view dan tanda suka yang tinggi.

Meninjau akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan Betty membaca buku bersama Wira. Betty menanyakan kepada Wira setiap perbuatan yang tertulis di buku tersebut. Wira yang hanya melihat gambar itu mampu memberikan jawapan tepat sehingga ke helaian terakh1r. Hebatlah Wira !

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

#ardywira #1year7months

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Pandainya Wira ni, dah boleh sebut banyak perkataan. Gelagatnya ini menarik perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :

” Pandainyaaaa wira, makin handsome. Smart boy.. “

” Wowww great job sayang ku.. ” – Ardy Damis

” He is not even 2 yet. Pandai nya wira kagum aunty tengok.. “

” Smart boy!! Semoga anak aunty pun bijak mcm wira.. “

” Pandainya sayang. He’s genius at this age.. “

” Good job… never under istimet baby,actually every kids children was born smart… ardywira really smart kids.. “

” Clever boy laaaa… dgn muka comey dia tu, ger4mmm tgk.. “

” Pndainyee, pandai betty ajar dia. Share macam mana awak train wira.. so clever.. “

” Masya Allah ! Wira is so smart ! Suka sangat tengok videos dia, sangat menghiburkan hati.. “

Siapa sahaja tak ger4m tengok gelagat Wira yang pintar ni. Baru umur setahun lebih sudah boleh mengingat dengan baik, kagum betul. Muka gembira sambil tepuk tangan bila berjaya sebut semua perkataan dengan betul tu melting betul. Semoga Wira sentiasa jadi penghibur mommy daddy dan menjadi anak bijaksana. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..