” Pandai pulak nak tegur orang tu Lila Amina.. ” – InaiJari

Video Gelagat Anak Scha Alyahya Dan Awal Ashaari, Lila Amina Yang Sangat Comel Ketika Berada Di Istanbul, Turkey. Alahai Beraninya Lila Jalan Terkedek-Kedek Ke Sana Ke Sini. Peramah Pulak Tu, Pandai Nak Tegur Orang !!

Lila Amina merupakan anak kedua pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Kini mereka sekeluarga berada di Istanbul, Turkey bagi menjalani penggambaran iklan jenama lampin antarabangsa, Molfix.

Lila dilantik menjadi duta lampin jenama tersebut dan pasangan ini menyifatkan ia merupakan satu rezeki buat Lila. Meninjau ke akaun Instagram bernama Inai Jari, satu video Lila ketika berada di sana telah dikongsikan.

Video tersebut diambil menerusi Instastory Lila dan ia memaparkan gelagat comel Lila yang nampak seronok dapat berjalan ke mana-mana dengan sendirinya. Lila juga dilihat tidak tak0t dengan sesiapa.

Lila nampak sangat comel dengan memakai baju lengan panjang berserta seluar panjang dan topi. Sesekali dapat dilihat Lila seperti ingin menegur orang-orang di sekelilingnya. Alahai, peramah juga Lila ni ye. Comel sangat.

Jom tonton video di bawah :

Semasa video tersebut dirakamkan, ada part di mana Awal dan Scha menyorok di sebalik dinding untuk melihat gelagat Lila. Namun Lila nampaknya tidak kisah, Lila lebih seronok dapat bergerak ke sana ke mari, hehe.

Wah, nampak seronok sangat Lila dapat berjalan dengan bebas. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Lila bersama keluarga dan tahniah Lila kerana menjadi duta antarabangsa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inai Jari, Lila Amina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..