” Pandai dia nak berkawan, senyum je dia.. ” – InaiJari

Video Gelagat Muhammad Afwa Yang Cuba Ingin Berkawan Di Sebuah Majlis Maulud. Alahai Manis Sangat Senyuman Afwa Tu. Pandai Nak Meng0rat Awek Yer, Hehe !!

Muhammad Afwa merupakan cahaya mata kedua penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Afwa kini sudah berusia 1 tahun dan semakin banyak gelagatnya yang comel dan mencuit hati.

Antara video yang ada dikongsikan di media sosial ialah video Afwa ketika berada dalam satu Majlis Maulud. Video ini dimuatnaik di akaun Instagram Inaijari sehingga menerima lebih daripada 82 tanda suka daripada warganet.

Afwa kelihatan sangat comel dengan memakai jubah berwarna kelabu dilihat begitu gembira di kelilingi oleh ramai orang. Afwa berlari-lari dan melihat sekelilingnya dan cuba untuk menegur seorang kanak-kanak perempuan.

Video yang diambil menerusi Instastory Dato’ Seri Siti ini menunjukkan majlis maulud ini diadakan di rumahnya dengan dihadiri oleh ramai tetamu. Afwa nampaknya sudah pandai untuk berkawan dengan cuba tersenyum dan memandang kanak-kanak yang ada.

Jom tonton video di bawah :

Afwa seorang yang sukar untuk mengukir senyuman dan dalam kebanyakan video yang dikongsikan di media sosial, wajah Afwa sangat serius dan kadangkala masam. Apabila tersenyum manis begini, Afwa nampak makin comel.

Afwa juga tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri. Kebanyakkan akaun Instagram yang ada diwujudkan oleh para peminat Dato’ Seri Siti. Semoga Muhammad Afwa membesar menjadi anak yang baik dan soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG InaiJari, Muhammad Afwa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..