” Alahai comel betul tangan letak di dada, siap cakap sabar lagi.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Nur Fazura, Nur Fatima Aisya Ketika Sedang Membuat Pesanan Minuman Di Sebuah Restoran Buat Peminat Terhibur. Part Sebut Juice Tu Comel, Sampai Muncung Mulut Aisya, Hehe !!

Cahaya mata pasangan popular iaitu Nur Fazura dan Fattah Amin telah menjadi antara si cilik yang sering diperhatikan oleh peminat anak selebriti. Mana tidaknya, kecomelan anak pasangan bagai pinang dibel4h dua ini membuatkan ramai peminat sentiasa menantikan perkembangannya dari semasa ke semasa.

Terbaru, menerusi satu akaun di Instagram telah berkongsi video yang memaparkan Fazura telah membawa puteri tersayangnya, Nur Fatima Aisya makan di sebuah restoran. Dalam video itu, merakamkan gelagat comel Fatima yang sedang membuat pesanan.

Kedengaran Fatima telah membuat pesanan air juice sambil mulutnya muncung. Ketika itu juga, Fazura telah meminta agar Fatima untuk tunggu sebentar dan bertanyakan kepada Fatima bagaimana cara untuk bersabar.

Mendengar apa yang disuruh oleh ibu, Fatima telah meletakkan tangannya di dada dan menyebut perkataan sabar. Sehingga kini perkongsian video tersebut telah mendapat ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat comel Fatima dalam video itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ma Syaa Allah Fatima semoga membesar menjadi anak yang solehah. Comel je buat mulut muncung macan tu.. “

” Alahai comel betul tangan letak di dada siap cakap sabar lagi. Suka tengok cara Fazura didik Fatima.. “

” Pandainya Fatima, hehehe tapi lucu lah tengok gaya Fatima  oder air. Kejap dah besar si comel ni.. “

” Makin besar makin muka dada, comel lah Fatima. Dah pandai oder juice ye, bijak betul Fatima yer.. “

Sekejap sahaja Fatima dah besar, malah sudah petah bercakap. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati ramai. Jangan tak tahu, si kecil ini turut mempunyai ramai peminat seperti kedua orang tuanya. Apa-apa pun semoga Fatima terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Selepas Fazura dan Fattah Amin mendirikan rumah tangga, ramai peminat pasangan ini tidak sabar untuk melihat junior Fattzura ini dan selepas beberapa tahun kemudian, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Silakan SHARE..

Sumber : IG fazura.klselangor, missfazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..