” Pandai Ameena pegang adik, macam mini Shuk riba mini Tya.. ” – Netizen
Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan Kongsi Video Anaknya Aaira Ameena Menjaga Baby Maleeq Miqayl. Pandainya Ameena Jaga Adik, Comel Sangat Macam Gaya Orang Dewasa. Tengok Muka Terbayang Shuk Dengan Tya Pulak. C0py Paste Sangat !!
Bukan perkara pelik artis menikahi sesama artis. Ramai pasangan artis negara yang memilih pasangan daripada golongan orang seni antaranya Shukri Yahaya dan Tya Adnan. Mereka yang mula rapat dan menjalin hubungan serius setelah bergandingan dalam filem Ul4r.
Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Aaira Ameena yang kini sudahpun berusia 4 tahun. Tya yang mengundur diri daripada dunia lakonan setelah berkahwin untuk memberi tumpuan terhadap keluarga dan perniagaannya. Melihat wajah Ameena tak ubah seperti wajah Shukri yang manis senyumannya.
Baru-baru ini Tya dan Shukri selamat menimang cahayamata kedua mereka 20 Julai yang lalu. Dikurniakan seorang bayi lelaki, cukup sepasang anak pasangan romantis ini. Memilih nama Maleeq Miqayl, bayi comel ini jelas terlihat sama seperti wajah Tya. Semakin bertambahlah kegembiraan mereka sekeluarga dan Ameena paling gembira mendapat adik.
Menerusi akaun Instagram, Tya Adnan telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ameena sedang memangku adiknya, Maleeq. Ameena yang memegang erat adiknya ini menguc0p pipi adiknya berkali-kali. Alahai sayang sangat pada adiknya tu. Comelnya dua beradik ini.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Ameena meriba adiknya ini mendapat perhatian peminat. Alahai dah besar sangat gayanya kakak Ameena ni. Antara komen-komen :
” Good girl ameena.. Pandai pegang adik. Dua-dua comel.. “
” Alahai kakak, big girlnya, so cute. Pandai Ameena pegang adik.. “
” Allah, suka la tgk.. kakak cantik adik handsome.. “
” Kakak soooo sweeettttt laaaaa. Cutenya kak ameena pegang baby.. “
” Pandainye kakak pegang adik. cute sgt.. “
” Sorg muka ayah, sorg muka mommy.. comel dua-dua.. “
” Pandainya kakak. Nmpak sgt penyayang. Sweetnya. Good girl kakak.. “
” Mini Shuk ribakan mini Tya. Sama sangat nih haha.. “
” Ameena nampak tak kekok pegang kemas adek dia mcm orang dewasa lak.. “
Sukanya tengok gaya Ameena riba adik tu, penuh kasih sayang betul. Dici0m juga adik berkali-kali sambil terseng1h dengan lesung pipit comelnya tu. Macam tengok Shuk dan Tya wajah dua beradik ni. Apa pun, semoga Ameena sentiasa menjadi kakak terbaik buat Maleeq, jadi anak solehah untuk kedua ibu bapa dan sentiasa ceria selalu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tya Adnan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..