” Bersedia ke nak menerima Kamal Adli sebagai abang ipar.. ” – Wartawan

Ditanya Mengenai Hubungan Kakaknya, Uqasha Senrose Dan Kamal Adli, Ini Respon Dan Pandangan Nelydia Senrose Mengenai Kamal !!

Adik beradik Senrose iaitu pelakon Uqasha dan Nelydia punya daya tarikan dan aura mereka tersendiri. Dua beradik ini memiliki wajah yang cantik dan sedap mata memandang. Melihat wajah mereka persis seperti kembar kerana raut wajah dan senyuman yang hampir sama.

Kebelakangan ini, hubungan antara Uqasha dan Kamal Adli hang4t diperkatakan. Mereka yang pernah bergandingan dalam drama popular tahun lalu iaitu Setelah Terlafaznya Akad membuatkan hubungan mereka akrab. Keserasian mereka dalam drama itu membuatkan peminat mendoakan semoga mereka berjodohan.

Kisah cinta mereka mula dihidu peminat sejak ulangtahun kelahiran Kamal apabila Uqasha mengirimkan kek khas buat Kamal. Lebih menguatkan lagi andaian mereka bercinta apabila Kamal sentiasa ada menemani Uqasha ketika sambutan ulangtahun kelahirannya baru-baru ini dan sering kelihatan keluar bersama.

Menerusi akaun Instagram Inai Jari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nelydia Senrose ditemuramah oleh seorang wartawan yang bertanyakan tentang hubungan kakaknya itu dengan Kamal Adli. Uqasha yang menyenangi keperibadian Kamal memuji sikap Kamal dan menerima dengan terbuka sekiranya Kamal adalah jodoh terbaik buat Uqasha.

Jom tonton video di bawah :

Wah nampaknya kehadiran Kamal dalam hidup Uqasha sudah direstui seluruh keluarga ini. Memang nampak akrab dan sepadan sungguh Uqasha dan Kamal ni. Sweet je bila membaca status dan komen mereka di Instagram. Cinta lokasi yang membawa ke dunia nyata, bahagia betul melihatnya.

Apa pun, andainya Kamal dan Uqasha ditakdirkan berjodohan, kami di Berita Kopak berharap agar hubungan ini berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Jangan tunggu lama-lama Kamal nanti diambil orang. Semoga segala-galanya dipermudahkan untuk Kamal dan Uqasha melangkah ke fasa seterusnya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inai Jari, IG The KariPop, IG Uqasha Senrose

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..