” Moga sentiasa dipermudahkan urusan Emir melangkah ke alam baru.. ” – Datin Mastura Yazid

Kongsi Gambar Kad Undangan, Tepak Sireh, Kek Dan Jari Pengantin Berinai, Posting Dan Ucapan Datin Mastura Yazid Buat Anaknya, Wan Emir Astar Raih Perhatian Ramai. Eh Dah Nikah Ke Mira Filzah ?

Nama pelakon sensasi Mira Filzah semakin disebut-sebut peminat berikutan tersebarnya berita pernikahannya yang bakal dilangsungkan pada tahun ini. Pemuda bernama Wan Emir Astar, anak kepada Datin Mastura Yazid sahih adalah bakal imam mira dan ianya disahkan oleh Datin Mastura sendiri baru-baru ini.

Pihak media dan juga peminat tertanya-tanya bila majlis pernikahan ini akan dilangsungkan. Mira yang ditanya seorang wartawan baru-baru ini memberitahu persediaan dalam peringkat awal. Sekiranya majlis ingin dilangsungkan, pihak media akan dijemput dan itu adalah janji Mira.

Hubungan cinta Mira memang menjadi perhatian kerana sikap Mira yang sangat berahsia. Setelah terb0ngkarnya siapa buah hati Mira ini, peminat sentiasa mengus1k Mira dan mendoakan semoga mereka cepat ke jinjang pelamin. Pasti meriah dan jadi wedding of the year majlis perkahwinan Mira nanti.

Meninjau akaun Facebook Datin Mastura Yazid, telah dikongsikan beberapa keping gambar bersama ucapan khas buat anak sulungnya, Wan Emir Astar. Mendoakan semoga anaknya ini berbahagia dan dimudahkan untuk ke fasa alam rumahtangga, posting Datin Mastura ini menarik perhatian.

Jom baca perkongsian di bawah :

Anakanda Emir, moga sentiasa di permudahkan urusan Emir melangkah ke alam baru. Sentiasa ingat pesanan Papa. Dan berbahagia lah hingga ke Jannah. We love you. #missingPapa

Posted by Mastura Yazid on Wednesday, August 5, 2020

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Datin Mastura. Antara komen-komen :

” Selamat pengantin baru Wan Emir Astar dan YB Datin Mastura. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.. “

” Tahniah YB Datin Mastura Yazid dan Wan Emir Astar semoga berbahagia hingga ke Jannah.. “

” Tahniah YB Datin Mastura dapat menantu. semoga Wan Amir bersama isteri bahagia kekal hingga ke Jannah.. “

” Tahniah Yb Datin dan anakanda Emir serta semua keluarga. Semoga diberkati hingga ke Jannah.. “

” Tahniah Datin dpt menantu, Kami rakyat doakan yg terbaik utk kalian semua… aaminnn… “

” Tahniah yb Mastura Yazid semoga kedua mempelai bahagia hingga ke jannah amin.. “

” Jari jemari Mira la yang last tu. Wah tahniah, semoga berkekalan hingga ke syurga.. Tahniah yb.. mne pic MF nye nk tgkk.. ”

Wah cantik sungguh pilihan Datin Mastura dan Emir. Peminat dan rakan-rakan seperju4ngan Datin Mastura juga mengucapkan tahniah atas kehadiran menantu barunya ini. Betulkah Mira sudah sah menjadi isteri Emir, kita sama-sama nantikan pengumuman daripada tuan badan. Apa pun sekiranya ya, tahniah diucapkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mira Filzah, IG Wan Emir Astar, IG Mastura Yazid, FB Mastura Yazid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..