” Pak Long Iman dia lebih cekap tu. Haha.. ” – Netizen

Iman Tang Kant0ikan Jantina Bayi Dalam Kandungan Fazura. Wah, Mesti Tak Sabar Nak Tengok Fattzura Junior !!

Pelakon cantik dan manis iaitu Fazura kini sedang mengandung anak sulungnya bersama suami, Fattah Amin. Usia kandungan Fazura sudah mencecah enam bulan dan juga kelihatan semakin berseri-seri sejak berbadan dua dan semakin cantik.

Menurut Fazura, beliau tidak mengalami sebarang al4han ketika mengandung atau pun munt4h-munt4h. Beliau cuma berasa penat dan sering mengidam makanan-makanan yang pedas walaupun pada asalnya beliau tidak menyukai makanan pedas.

Kehadiran cahaya mata sememangnya dinantikan oleh Fazura dan suami setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Semestinya rezeki itu tidak pernah salah alamat di mana tahun 2020 merupakan tahun yang begitu memberi makna buat pasangan ini apabila Fazura telah disahkan hamil.

Menerusi akaun Instagram Iman Tang, beliau telah berkongsi gambarnya bersama Fazura dengan ucapan terima kasih kerana menjemputnya makan malam. Namun begitu perkongsian Iman Tang seterusnya telah membuatkan ramai netizen berjaya meneka jantina bayi di dalam kandungan Fazura.

Jom kita lihat perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Thank You so much Faz for Dinner! 🍽 Semoga Murah Rezeki dan di Berkati selalu Allah swt. Aminn.. 🤲🏻 . Syukur Alhamdulillah Mommy and baby sihat walafiat, dan selepas diskusi dengan mommy @missfazura semalam kita berjaya “convinced and signed” soon to be born Baby to be a supporter for Liverpool FC.. Hooray!! Sebelum Daddy dia @fattahaminz minta dia support for Man Utd., kita awal2 hijack dulu.. hehe 🔴 . Thank you for our legal advisor for preparing the contract for Baby, our Family lawyer Tuan Fakrul Azman Hasan @fakhrul_azman_hasan 📝 . Tambah lagi seorang Penyokong Liverpool October ini ya!! 👶🏻 . Y O U ‘ L L N E V E R W A L K A L O N E ❤️ #liverpoolfc #dinner #baby #YNWA

A post shared by Iman Tang (@imantang75) on

Rata-rata netizen meneka Fazura akan mendapat bayi lelaki berdasarkan hint yang telah diberikan. Antara komen-komen mereka :

” Pak Long Iman dia lebih cekap tu. Haha.. “

” Ohhhh nooo how cld u imantang75 paks4 anak orang to be a Liverpool f4n … bam fattahaminz U tak boleh kasi baby tu support L1verp00l… He/She must be a MU fan just like U …. Forever Man United missfazura kalau syg hubsbaby kena supp0rt MU not L1verp00l.. “

” Kalau betul la sah baby boy betul la tekaan saya baby boy..kalau betul la.. “

” So… maknanya baby boy ke tu???? alhamdulillah .. “

” Mesti daddy x bg nnti hahaha .. “

” Ni mesti bby boy.. tahniah… “

” Cantik nya missfazura ! I guess baby boy! But Then ,Semua ketentuan Allah Ta’ala, Yg penting Sihat,Dan Selamat Sejahtera dan Penyejuk mata ibu dan bapa nya fattahaminz .. Aameen.. “

Jika dilihat pada perkongsian tersebut seolah-olah Fazura akan menimang cahaya mata lelaki. Wah, pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah Fattzura junior. Semoga Fazura dipermudahkan segala urusan sehingga ke waktu untuk melahirkan. Tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting sihat dan selamat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura, Iman Tang

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..