” Over tau berdua ni macam 1 tahun tak jumpa walhal seorang pergi cuci ber4k je pun.. “

Gelagat Anak Datin Shahida, Yusoff Al Qardawi dan Ameena Yang Tidak Pernah Berenggang Mencuit Hati Netizen. Past Last Tu Sweet Sangat !!

Datin Shahida Rashid sudah jadi satu nama besar di kalangan netizen. Walaupun bukan bergelar artis popular, namun kehebatan perniagaan yang diusahakan bersama suaminya Dato Aliff Syukri membuatkan nama mereka dikenali ramai.

Memiliki 5 orang cahayamata kandung dan seorang anak angkat, membuatkan suasana rumah Datin Shahida sentiasa riuh dengan kerenah anak kecilnya. Anak keempatnya Yusoff Al Qardawi dan anak angkatnya yang sudahpun menjadi anak susuannya sememangnya akrab dan rapat sekali.

Sering dikongsikan di akaun sosial Datin Shahida mahupun akaun Yusoff, ada sahaja telatah dan gelagat Yusoff bersama Ameena di rumah yang dirakamkan untuk tontonan peminat anak kecil ini. Walaupun bukan dari rahim yang sama, namun anak kecil berdua ini nyata lebih akrab dan saling menyayangi.

Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida telah memuatnaik satu video di mana kelihatan kelibat Yusuf Al Qardawi dan Ameena yang saling berpel0kan. Disebabkan hanya mereka berdua yang masih belum bersekolah, pastilah hubungan mereka akrab sekali. Manja dan comel betul dua beradik ini.

Jom tonton video di bawah :

” Over tau berdua ni macam 1 tahun tak jumpa walhal sorang pergi cuci ber4k je pun @yusoffalqardawi_terlajaklaris.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah mereka. Antara komen-komen netizen :

” Sayang dia dengan adik die.. “

” Hahahah.. Gel1 hati nengok.. Comel je.. “

” Pandai bermain dengan adik dia mina.. “

” Seorang manja, seorang lagi penyayang.. “

” Jat0h tepuk tangan.. Hahaha cute.. “

” Huhu masing-masing selalu sama.. Sayang satu sama lain.. “

” Alhamdulillah,, Semoga macam tu la sampai kebesar ye.. Saling menyayangi.. “

” Comelnye. Suka tengok telatah meena dengan yusoff.. “

Terserlah betul keikhlasan dan kasih sayang yang menebal dari raut wajah dua anak ini. Sesungguhnya anak kecil seperti Yusoff dan Ameena hanya pandai menunjukkan perasaan sebenar tanpa berselindung. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga hubungan rapat mereka ini akan berkekalan selama-lamanya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..