” Bukan Kak Lina Pom Pom dah ni, Kak Lina ting t0ng.. “

Elly Mazlein Buat Hal Lagi. Menggayakan Fesyen Tudung Dalam Drama Kampung People Buat Peminat Terbahak-Bahak Suka. Kelakar Kak Lina Pom Pom !!

Peminat drama Lestary TV3 pastinya mengikuti drama viral sekarang, Kampung People. Gandingan hebat Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Iqif Saddiq benar-benar menghidupkan watak yang dipertanggungjawabkan.

Drama yang membawa kelainan dari drama Melayu lain, siri drama ini mendapat rating tinggi sepanjang siarannya. Penuh jenaka, lawak dan mainan emosi membuatkan penonton tidak kering gusi menonton drama ini. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan menonton drama ini boleh meredakan stresss.

Karektor Minah Selamat yang dibawakan Elly Mazlein nyata mencur1 hati dan perhatian netizen. Lakonannya berserta penampilan yang aneh tapi lawak, buatkan semuanya menjadi lucu. Lihat sahaja pada gaya tudung yang digayakan oleh Elly, pasti berdekah-dekah dibuatnya.

Menerusi akaun Instagram, Elly Mazlein telah memuatnaik video di mana dia menggayakan cara bertudung sepertimana lakonannya di dalam drama Kampung People yang tular sekarang. Dari pandangan jarak dekat gayanya seperti jelita bergaya fesyen lilit-lilit terkini namun apabila dijauhkan kamera dan nampak keseluruhan mukanya, nak terbel1ak biji mata melihat fesyen tudungnya itu. Sump4h kelakar !

Jom tonton video di bawah :

” Saya harap awk tak memilih.. Minah selamat #kampungpeople.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi Elly Mazlein ini. Antara komen-komen netizen :

” Rasa nak sekeh.. “

” Hahahahah m4ti kej0ngg mak mentuaa.. “

” Seronok tengok elly berlakun dalam kampong people.. “

” Pakai tudung gitu… Dah viral… Jadi ikutan.. “

” Mantap betul lakonan mama elly. Memang tak leh tahan gelak.. “

” Kak Elly. Acerr toturial pakai tudung cenggituu.. Nak tengokkkk.. “

” Nak join kelab wanita kampung sinaran.. “

” It is soooooo corrections yaaaww.. “

” Ketua Wanita Persatuan Kampung Sinaran Baru.. “

” Masuk air la ko kepom.. “

” Bukan Kak Lina pom pom da ni.. Kak Lina ting t0ng.. “

Berdekah ketawa melihat mimik muka Elly Mazlein ini. Tapi yang pasti wajah cantik ini walau pakai apa sekalipun tetap kelihatan cantik jelita. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Elly Mazlein semakin berjaya dan menjadi bintang yang semakin bersinar di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..