” Ingat yang bertudung tu patung jugak tadi, kembar Elsa.. “

Faezah Elai Bergambar Bersama Karektor Karton Popular Fr0zen, Elsa Buat Peminat Terpegun Melihatnya. Sebijik Sama !!

Pelakon cantik manis Faezah Elai tidak perlu diperkenalkan lagi. Anak kelahiran Gelugor Pulau Pinang ini berketurunan Punjab dan Thai membuatkan wajahnya sangat jelita. Faezah Elai yang pernah menjadi sebutan apabila lakonannya di dalam drama Asmara mendapat pujian di atas penghayatan watak yang berkesan.

Faezah Elai telahpun mendirikan rumahtangga bersama pengarah Heykal Hanifah dan dikurniakan 2 orang anak. Semenjak menukar imej kepada imej bertudung dan lebih muslimah, kelibat aktress ini semakin menarik perhatian ramai.

Wajahnya kelihatan semakin berseri dan muda apabila mengenakan hijab. Walaupun usianya sudah pun di akhir 30-an, namun raut wajahnya semakin menarik hati. Faezah Elai memilih untuk tampil dengan gaya khimar atau bertudung labuh dan ini menjadi ikutan para peminat.

Menerusi akaun Instagram, Faezah Elai telah berkongsikan gambarnya berdiri disamping watak popular cerita Fr0zen iaitu Elsa. Apa yang menarik, wajah Faezah Elai juga dilihat seakan-akan anak patung. Wajah kacukan yang sentiasa cantik overload ni !!

Jom baca kapsyen di bawah :

” When elsa decides to wear @properhijab.. “

Rata-rata netizen terpegun melihat kecantikan Faezah Elai itu. Antara komen-komen netizen :

” Tudia punya segak hampa.. “

” Ingat yang bertudung tu patung jugak tadi.. “

” Kembar Elsa.. “

” Cantik faezah elai lagi dari kartun frozen.. ”

” Uiii segak elsa berhijab. Maneh melecaih ja sejuk hati tengok.. “

” Macam Patung juga lah.. “

” Wowww sama lahh tapi versi real life lagi lawa.. “

” Sekali tengok ingat elsa pakai tudung.. Cantik macam elsa sis.. “

Tidak dapat disangkal lagi kejelitaan Faezah Elai yang semakin hari semakin cantik dipandangan mata. Wajah mulusnya diserikan fesyen muslimahnya yang amat sopan membuatkan mata memandang tidak mampu berkelip. Cantik sangat-sangat !!

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Faezah Elai akan sentiasa diberikan kekuatan dariNya dan terus istiqamah berpakaian dan berfesyen sopan untuk dijadikan inspirasi buat peminat-peminat.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faezah Elai by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..