” Orang perempuan punya tahap berangan lain macam.. ” – Issey

Kongsi Gambar Warna Sinki Baru Pilihan Isterinya Aimi, Issey Kena Bahan ‘Ayat Power’ Dengan PU Azman Buat Ramai Yang Terhibur. Hahaha, Win Betul !!

Pelawak dan penyampai radio Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Hussin semestinya dikenali ramai. Lawak yang bersahaja buat ramai yang terhibur. Bukan itu sahaja watak Issey dalam drama sitkom J.K.K juga sering menarik perhatian lebih-lebih lagi gandingan bersama rakan-rakannya yang lain.

Sudah diketahui umum, Issey yang sebelum ini pernah bergelar status duda telah menamatkan zaman dudanya bersama seorang wanita yang juga rakan sekolahnya iaitu Noor Aimi yang bekerja sebagai pengurus sumber manusia. Mereka telah diijabkabulkan pada hujung tahun lalu di Kelantan.

Sejak bernikah, Issey dan isteri bergilir-gilir datang menjenguk, sama ada Issey akan ke Kota Bharu, atau Noor Aimi datang ke Kuala Lumpur. Namun rezeki Issey, Aimi telah dapat bertukar ke Kuala Lumpur pada bulan April lalu. Kini dilihat pasangan yang sama cantik sama padan ini sedang sibuk mendekorasi rumah baru mereka.

Hasil tinjauan  di Instagram, Issey telah berkongsi satu gambar sinki dan menerusi penulisan Issey turut berkata bahawa warna sinki tersebut adalah pilihan isterinya untuk kediaman baru mereka. Sangat cantik warna sinki tersebut, nampak elegant. Namun bagi bagi Issey warna sinki tidak perlu cantik kerana ia hanya tempat untuk mencuci sahaja.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka dan ramai yang menyokong dan bersetuju akan pilihan warna singki oleh isteri Issey. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Yg nk cuci pinggan perempuan.. Ini pilihan yg tepatttttt.. “

” Sy team Aimi… Cantikkknyaaaaa sinki ni… Good job Aimi.. Hahhahaahhahahaha.. “

” Baru la semangat nak cuci pinggan, berkilat, boleh tengok tudung kot2 senget kot.. “

 ” Sinki comey, lg syok bsh pingge klu byk-byk.. “

” Team Aimi walaupun sinki je. Tapi kalau dapur cantik rasa heaven sgt taw.. “

” Ya Allah lawanyaa wrna ni first time nmpk wrna ni.. “

Namun posting Issey tersebut turut mendapat respon oleh PU Azman :

Malah respon oleh PU Azman turut dibalas oleh Issey dan isteri

Hahaha memang win betul respon PU Azman. Citarasa perempuan memang lain sikit, betul lah cakap PU Azman, perempuan lebih teliti jika dibandingkan lelaki. Memang cantik warna sinki tu, mesti cantik deko dapur rumah baru Issey dan Aimi. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Issey sentiasa bahagia bersama keluarga. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Issey Fazlisham

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..