” Ngantuk pun masih nak dengar lagi.. ” – Netizen

Nurul Erwani Kongsi Video Ainul Mardhiah Yang Gigih Mendengar Lagu Kanak-Kanak, Namun Gelagat Ainul Menahan Matanya Yang Mengantuk Menghiburkan. Alahai Ainul Dah Tersengguk-Sengguk Pun Sempat Lagi Tekan Lagu Lain. Pandai Ainul !!  

Ainul Mardhiah antara kanak-kanak yang mendapat liputan dan perhatian netizen. Kisah Ainul yang sering dikongsikan oleh ibu dan bapanya di Instagram mereka pasti mendapat jumlah like yang banyak. Ainul semakin menunjukkan perkembangan yang baik.

Ainul juga sudah mula belajar berjalan dan ianya ada dikongsikan di laman sosial untuk tontonan peminat. Ainul yang suka mendengar lagu daripada kartun kanak-kanak Didi and Friends juga sudah mula menunjukkan respon dengan menyanyi bersama-sama apabila lagu itu disiarkan di televisyen.

Baru sahaja bergelar kakak, ibunya Nurul Erwani melahirkan seorang bayi lelaki bernama Umar Abdurrahman. Ainul juga kelihatan gembira dengan kehadiran adiknya itu. Pernah dikongsikan gelagat Ainul yang suka apabila di us1k oleh Umar.

Meninjau akaun Instagram Nurul Erwani Zaidi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ainul yang mengantuk tetapi menahan matanya untuk mendengar lagu. Ainul diberikan sebuah buku yang turut disertakan dengan butang-butang khas untuk mendengar lagu dan lain-lain sudah mampu mengingati satu persatu fungsinya.

Jom tonton video di bawah :

Gaya Ainul yang mengant0k tapi masih ingin mendengar lagu ini menarik perhatian peminat. Alahai Ainul gigih sangat dia ni. Antara komen-komen :

” Ngantuk pon masih nak dengar lagi. Kelakarlah awak ni Ainul, comel sangat.. “

” Allahu Akbar… Ainul is really a strong and bright daughter… alhamdulillah.. stay healthy and shine like a diamond Ainul.. “

” Baca buku sejarah ke tu sampai ngantuk sangat rupanya.. “

” Ainul nk baca buku ke nk tidur sayang… comel sgt ainul ni.. “

” Pandai pulak tekan bila lagu habis.. Alhamdulillah makin pandai ainul.. “

” MashaAllah. Memang nampak ngantuk sangat Ainul. Tp gigih juga nK dengar lagu tu.. “

” MasyaAllah Ainul.. Comel sgt ni.. Nak nyanyi ke nak tido tu.. “

Alahai Ainul makin pandai tunjukkan kepandaiannya. Comel sangat dah tersengguk-sengguk mengantuk pun sempat lagi tekan butang lagu. Apa pun, semoga Ainul membesar dengan sihat selalu, menjadi anak dan kakak yang baik dan sentiasa dilindungi Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurul Erwani Zaidi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..