” OMG Adam dah besar. Comelnya Aaishah.. ” – Netizen

Bayi Kacukan Malaysia Dan Korea, Adam Park Yang Dahulunya Pernah Tul4r Kerana Wajahnya Yang Comel Kini Sudah Berusia 5 Tahun. Wah, Handsome Macam Oppa Sangat. Adiknya, Aaishah Pun Comel Sangat !!

Masihkah anda ingat dengan bayi yang berwajah comel yang pernah tul4r dahulu sekitar tahun 2016. Bayi tersebut bernama Adam Rayyan Park. Dia merupakan bayi kacukan Korea dan Malaysia di mana bapanya merupakan orang Korea dan ibunya berasal dari Malaysia.

Adam mula menjadi sebutan rakyat Malaysia kerana wajahnya yang comel seperti anak patung. Pada masa itu, ramai mengidamkan ingin mempunyai anak secomel Adam. Kini setelah lama masa berlalu, Adam sudah pun berusia 5 tahun dan sudah mempunyai seorang adik perempuan.

Adik Adam diberi nama Aaishah yang kini berusia 1 tahun. Seperti abangnya, Aaishah juga comel dan seiras wajah kanak-kanak Korea. Pasangan adik beradik ini sering dikongsikan perkembangan mereka oleh ibunya di akaun Instagram.

Menerusi akaun Instagram, gambar terkini kedua adik-beradik ini telah dikongsikan. Adam makin handsome dan Aaishah pula sangat comel. Adam macam oppa Korea sangat kan ? Dah besar nanti mesti ramai peminat ni. Alahai, ger4m melihat dua adik beradik ini.

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen memuji kecomelan dua adik beradik ini. Antara komen-komen mereka :

” Abg muka Mommy, adik muka Daddy .. “

” Yg rambut aishah tu mcm sandara park dlu yg Kat Running Man Diorg panggil Wi-Fi .. “

” MasyaAllah so cute both of you, Muka aaishah tu cheeky sungguh! “

” Finally comeback lama dah tunggu eomma dia post .. “

” OMG adam dah besar. comelnya aishah.. “

Lagi gambar-gambar Adam dan Aaishah :

Alahai, comel sangat Adam dan Aishah ni. Mesti ramai yang tak puas menatap wajah mereka. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Adam dan Aishah membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adam Aaishah Park

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..