” Odah pun dah join sekali rupanya, ingatkan Airell dan Airra ja yang minat main.. ” – Netizen

Video Anak-Anak Sharifah Shahirah, Airell, Airra dan Odah Sedang Bermain Alat Muzik Ketika Mark Adam Menyanyi Raih Perhatian Warganet. Wah Jarang Budak-Budak Nak Jamming Lagu Tu, Dah Boleh Buat Band Ni !!

Sebelum ini penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah lebih mesra dengan panggilan Shiera sering berkongsi video telatah anak-anaknya bermain alat muzik di rumah. Rupanya anak-anak Shiera ini mempunyai bakat yang terpendam.

Terbaru, menerusi akaun Instagram, Shiera telah memuatnaik anak-anaknya, Airell, Airra sedang bermain gitar dan ada bersama adalah penyanyi Mark Adam. Tulis Shiera di ruangan kapsyen, anak-anaknya sedang berlatih bersama Mark.

Selain Airell dan Airra, anak keempat Shiera, Odah turut serta bersama. Dalam video tersebut, Odah sedang bermain drum. Selain itu kedengaran Shiera menyakat Airell dengan memanggilnya dengan nama Michael Jackson.

Perkongsian oleh Shiera itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang kagum dengan bakat anak-anak Shiera dan menyatakan yang anak-anak Shiera sudah boleh membuat band sendiri. Sehingga kini video-video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruanga komen pula, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya mereka menyukai perkongsian video oleh Shiera. Antara komen-komen menarik adalah :

” Odah pun dah join sekali rupanya, ingatkan Airell dan Airra ja yang minat main. Dah boleh buat band sndiri ni.. “

” Bestnye anak2 kak rara, semuanya berbakat dan hebat. Boleh buat team band anak beranak ni, terbaik lah.. “

” Betullah si Airra ni ada iras Taylor Swift, baru lps stalk ig taytay. Airell betul macam Michael Jackson lah Kak Rara.. “

” Perhhhh semuanya padu. Pandai ye, semua memang belajar sndri ke memang ke kelas muzik Kak Rara.. “

” Yg pandai melukis 2 mne 1, lukis ats karpet, cntik n berseni sguh. Tengok video ni dah macam tgh tgk live band lah.. “

” Lepas ni boleh dah anak2 Kak Shiera brgabung dgn Mark jd band. Akak da boleh stat pk nak namakan apa band dorg. Hahaha.. “

” Jarang budak umur ni nk jamming lagu creep, power lah. Semua anak-anak ada bakat masing-masing.. “

Woww memang padu tengok mereka semua main alat muzik, patutlah ramai yang puji. Selain itu, anak sulung Shiera, Allisya turut memiliki suara yang merdu dan berbakat dalam bidang seni suara seperti bapanya, penyanyi Jatt Tahir.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..