” Nyaringnya suara. Sampai nak terjat0h pula. Comel Aafiyah ni.. “

Video Siti Aafiyah, Anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza Menyanyi Dan Menari Lagu ‘Let It G0’ Mencuit Hati Netizen. Wah, Pandainya Menari Sama Seperti Elsa !!

Siti Aafiyah merupakan satu-satunya anak pasangan Dato Seri Siti Nurhaliza dan Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa. Aafiyah merupakan salah seorang si cilik yang sering mendapat perhatian netizen di media sosial. Kecomelan Aafiyah yang mirip seperti ibunya sering menjadi bualan.

Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri seperti anak-anak selebriti lain, namun Aafiyah tetap mempunyai ramai pengikut. Gambar-gambar dan video-video Aafiyah sering dimuatnaik di akaun Instagram ibunya dan beberapa akaun Instagram yang diwujudkan oleh peminat-peminat.

Aafiyah kini sudah pun berusia lebih 1 tahun. Kehadiran Aafiyah menceriakan kehidupan Dato’ Siti dan suaminya. Ini kerana penantian mereka selama 10 tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir setelah lahirnya Aafiyah. Aafiyah merupakan anugerah terindah buat mereka.

Menerusi akaun Instagram, satu video Aafiyah telah dikongsikan. Video tersebut memaparkan gelagat Aafiyah menyanyi dan menari lagu animasi ‘Fr0zen’ iaitu ‘Let It G0’. Aafiyah kelihatan begitu bersemangat sekali menyanyikan lagu tersebut. Alahai, comel sangat !!

Tonton video di bawah :

” Let It Go…. Kat rumah pun ada Elsa kecik ni .. “

Rata-rata peminat terhibur menonton video Aafiyah menyanyi sambil menari. Antara komen-komen mereka :

” Semagtnya naak.. pandai nyaaa .. “

” Energetic Aafiyah.. “

” Amboi Aafiah kemain dia lagi skrang ni… makin bijak lah awakkkk !!! “

” Bersungguh2 aafiyah nyanyi!!! Penuh dgn perasaan !! “

” Nyaring nye suare. Sampai nak terjat0h pulak.., comel e Aafiyah ni.. “

” Hahaha penuh semangat elsa.. “

” Pandainya @aafiyahkhalid dancing macam Elsa.. “

”  Sampai terbuang benda tu… Let it go betul ni aafiyah.. “

” Allah bijaknya anak bertuah ni.. Alhamdulillah good girl Aafiyah.. “

Alahai comelnya Aafiyah menyanyi. Pandai pula mengikut langkah tarian Elsa watak kartun di dalam filem ‘Fr0zen’. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Aafiyah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..