” Nampak macam ada dua baby lah.. kembar ke dato’ ? “

Dato’ Aliff Syukri Kongsi Gambar Scan 4D Anak Kelimanya Buat Ramai Netizen Tertanya-Tanya. Wah, Dato’ Bakal Dapat Anak Kembar Ke !!

Usahawan yang berjaya iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman semakin dikenali ramai. Beliau merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Dato’ Aliff mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak beliau kecil lagi.

Dato’ Aliff berkahwin pada usia yang muda iaitu ketika beliau berusia 20 tahun. Beliau mendirikan rumahtangga bersama Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu. Perkahwinan mereka dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Keempat-empat cahaya mata mereka ialah Ahmad Rayyan, Khatijah El Zahra, Ibrahim Adham dan Yusof Al-Qadrawi. Pasangan ini turut menjaga seorang anak angkat yang bernama Ameena. Datin Shahida kini sedang mengandung anak yang kelima dan dijangka akan bersal1n tidak lama lagi.

Menerusi akaun Instagramnya, beliau berkongsi wajah anaknya yang kelima melalui gambar sc4n 4D. Dato’ Aliff meminta netizen meneka wajah anaknya ini mengikut wajah siapa. Menurut beliau wajah anaknya ini kelihatan mirip seperti anaknya yang bernama Baem.

” Korang rasa anak abang ikut muka siapa?? abang rasa macam muka.. @baemadham_terlajaklaris .. “

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah kebanyakan mereka bertanya adakah Dato Aliff bakal mendapat anak kembar. Ini kerana Dato’ Aliff berkongsi dua gambar seperti menunjukkan dua wajah berbeza. Antara komen-komen netizen :

” Nmpk mcm ada 2 bbyla.. kembar ke dato?.. “

” Kembaq ni dato alhamdulilah rezeki.. “

” Kembar girl, abis la duit 1 juta dato’ hahahha.. “

” Twin ke dato.. “

Pelbagai tekaan yang diberikan oleh netizen mengenai wajah anak kelima Dato’ Aliff. Antara komen-komen mereka :

” Muka datin hehehehhe.. “

” Muka abg laaaaa…. bestnya… so cute.. “

” Rasanya ekut muka yusuf ni dato.. tapi yg penting yusuf jugakkkk paling telalu comel .. “

” Ikut ibu cantik, ikut ayah pun cantik.. sebab abg kakak dia dah memang comel.. “

” Muka siapa pun, janji sihat Dato, klu Baem, smart lah.. “

” Hidung Mancung nye dato @aliffsyukriterlajaklaris.. “

Nampaknya pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen terhadap gambar yang dikongsikan oleh Dato’ Aliff. Dato’ tidak menyatakan jantina anaknya dan beliau tidak memberi respon yang jelas apabila netizen bertanya sama ada anaknya ini merupakan kembar.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Dato’ dipermudahkan sehingga menyambut kelahiran cahaya matanya. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..