” Nyanyi apa sayang oiii haha, comelnya Aisha ni.. ” – Netizen

Aidil Aziz Kongsi Video Gelagat Anaknya, Aisha Amaira Menyanyi Dalam Kereta. Eh Menyanyi Lagu Bahasa Apa Tu Aisha, Tak Paham Lah. Bukan Main Bersungguh Lagi, Comel Sangat !!

Anak sulung Aidil Aziz dan Fasha Sandha bernama Aisha Amaira kini telah berusia 2 tahun. Sebagaimana kanak-kanak lain, Aisha membesar dengan penuh keceriaan dan semakin banyak akalnya hari demi hari.

Menerusi akaun Instagram Aidil Aziz, telah dikongsikan  satu video yang memaparkan gelagat Aisha ketika mereka berada di dalam kereta. Kata Aidil di kapsyennya, ini adalah hobi terbaru Aisha iaitu menyanyi.

Amboi Aisha bukan main lagi berkaraoke tu, penuh gaya lagi. Apalah yang disebut oleh Aisha tu, tak fahamlah Aisha. Ayah kena usahakan subtitle secepat mungkin ini baru lah peminat boleh memahami apa yang Aisha nyanyi itu, hehe

Perkongsian oleh Aidil ini sehingga kini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Ibu dan ayah pelakon hebat, Aisha pula sepertinya berminat menjadi penyanyi. Bolehlah menambah seorang lagi anak seni dalam family nanti.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

Anak-anak seusia Aisha ini memang begini perangainya. Mahu kena repeat berulang kali untuk memahami lirik lagunya itu. Antara komen-komen warganet :

” Nyanyi apa sayang oiii haha, comelnya Aisha ni. Bakal penyanyi ni, soo pretty girl Aisha.. “

” Alololo comelnya dia, cute haha. mr sun sun mr golden sun.. pleases shine down on me.. “

Aisha Aisha, dengan muka comelnya itu semangat betul menyanyi. Ini tentu meriah berkaraoke kalau dalam rumah. Combine lagi dengan kakak Jemaima dan Abang Rayfal tentu lagi gamat. Ayah pun melayan sahaja Aisha menyanyi tu.

Semoga Aisha terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik terhadap kedua ibu bapa dan seluruh keluarga. Next time bolehlah Ayah kongsi lagi video nyanyian si Aisha ini yang versi penuh pula ye. Jangan lupa subtitle sama ye ayah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aidil Aziz, IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..