” Ni mommy saya, ni daddy saya.. ” – Wan Maryam

Video Wan Maryam Memperkenalkan Fizo Omar Dan Ibu Tir1nya, Fazeera Kepada Seseorang Raih Perhatian Peminat. Alahai Sweetnya Cik Yam, Cakap Pun Sopan Je !!

Sudah hampir 2 minggu pelakon dan usahawan, Fizo Omar mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan bernama Fazeera. Peminat juga masih belum move on dengan pasangan pengantin baru ini dan perkembangan mereka diikuti menerusi akaun media sosial Fizo.

Ketika ini, Fizo dan Fazeera berada di Kelantan dan ada banyak video yang dikongsikan Fizo di Instastorynya tentang Fazeera dan tidak ket1nggalan anaknya, Wan Maryam. Meninjau akaun Instagram InaiJari, telah dikongsikan salah satu video yang telah dimuatnaik oleh Fizo.

Dalam video ini, gelagat Maryam ketika bersama Fizo dan Fazeera dipaparkan. Melihat kepada suasana sekitar, mereka bertiga berada di luar dan celoteh Maryam memperkenalkan Fizo sebagai daddynya dan Fazeera pula sebagai mommynya menarik perhatian peminat.

Petah sungguh mulut Maryam dan nampaknya Maryam kelihatan begitu mesra dengan Fazeera. Ketika ditanyakan oleh seseorang kek di atas meja milik siapa, Maryam pantas menjawab itu kek mommy sambil menunjukkan ke arah Fazeera.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat comel Maryam ini telah mendapat hampir 5000 tanda suka daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Bijaknya Cik Yam, baiknya anak ni. Hargai dan jagai dia sebaik mungkin ye. Maryam yang sweet.. “

” Hi beautiful family, awesome mummy baru tittle sweetie. Cik Yam you are smart girl. Comel je Maryam kenalkan daddy mommy.. “

” Cik Yam budak bijak, budak baik gembiranya tengok Cik Yam happy dengan daddy dan mommy baru. So sweet cik yam.. “

” Cik Yam bijak dan pandai berceloteh, sweet sangat-sangat. Manja pulak Cik Yam dengan mummy baru.. “

” Terbaik fizo didik anak hormat mommy dia. Nanti cik yam, adik mesti comel macam cik yam.. “

” Bagus Maryam ni, dahlah comel, pandai ambil hati mommy. Semoga membesar dengan sihat Maryam.. “

” Maryam ni bijak, pandai jaga hati orang. She’s adorable, sweet sangat Cik Yam kenalkan daddy dan mummy tu.. “

Seronok melihat kemanjaan Maryam bersama Fizo dan Fazeera. Alhamdulillah, Maryam happy pastinya daddy dan mommy baru pun turut bahagia. Semoga Maryam sentiasa menjadi anak yang solehah dan ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Cerita Artis Malaysia, Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..