” Afwa senyum tengok kakak buat lawak.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Melayan Adiknya, Muhammad Afwa Buat Ramai Terhibur. Alahai, Adik Pun Macam Faham Jer Apa Kakak Buat. Sampai Tersengih-Sengih Afwa Dibuatnya !!

Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan cahaya mata penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa. Kedua adik-beradik ini sering menjadi perhatian di media sosial.

Terbaru di satu akaun Instagram bernama Muhd Afwa Khalid, video kedua adik-beradik ini telah dikongsikan. Baru sehari ia dimuatnaik sudah mendapat lebih 1 ribu jumlah tanda suka dan beberapa komen.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat Aafiyah sedang melayan adiknya. Aafiyah meletakkan bantal di atas kepalanya sambil mengacah adiknya. Respon Afwa amat comel di mana Afwa asyik tersenyum.

Baru berusia 3 tahun namun Aafiyah dilihat agak matang dan pandai melayan si adik. Nampak comel sangat gelagat kedua adik-beradik ini. Di sebalik video ini dapat juga mendengar suara Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang ger4m melihat wajah bulat Afwa dengan pipinya yang m0ntel. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Eh eh aafiyah buat apa last sekali tu kat adik.. Sapa tak ger4m dgn pipi mont0k gebuussss tu .. Kakaknya ger4m sekali sama adiknya.. “

” Dua-dua comel sangat. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin. Allahumma Aamiin. Ya Ar-Rahiim.. “

” MASHAALLAH Adek Afwa semoga sehat selalu jadi Anak Sholeh Aamiin.. pandai yer afwa.. sihat selalu sayang.. “

” Masha’Allah Tabarakallah comel. Pipi merah ni semoga jadi anak soleh pada ibubapa.. Makin lama makin pandai la. Alhamdullilah.. “

” Pandai dan cantikkk…. maniss… Afwa yang imut…. cakap… Senang lihatnya.. Dah besar.. suka gelak Afwa anak ibu.. Afwa senyum tengok kakak buat lawak..”

” Suka tengok 2 beradik ni. Selalu sebelum nak tidur. comel adik dan kakak.. Dah pandai ketawa.. ger4mnya pipi afwa.. “

” Kakak syg adk.. tp kalau kakk ger4m hbs adk kena gom0l.. Paham Afwa ye KakaK buat lawak.. Ger4mnya pipi itu.. “

Semakin Afwa membesar semakin comel dan wajah Afwa nampaknya begitu seiras seperti Dato’ Seri Siti. Semoga Muhammad Afwa dan Siti Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muhd Afwa Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..