” Ni kenangan 2004. Masa ni umur saya baru 15 tahun.. “

Ali Puteh Kongsi Gambar Semasa Berumur 15 Tahun. Wow, Macam Shah Rukh Khan !!

Ali atau pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bukanlah satu nama yang asing dalam dunia komedi tanahair. Adik kepada pelawak terkenal Abam Bocey ini adalah anggota kumpulan Puteh yang turut dianggotai oleh Mamak. Gandingan mereka pernah mencipta nama sebagai naib juara program Projek Komedi Warna pada tahun 2015.

Untuk pengetahuan, Ali Puteh telah berkahwin dengan Melati Fitri Abdullah dan pasangan ini telah dikurniakan dia orang cahaya mata perempuan. Anak sulung mereka diberi nama Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang kini berusia 2 tahun lebih. Anak kedua mereka pula diberi nama Sharifah Ainul Mardhiah.

Baru-baru ini kita mendapat berita, adik Ainul telah kembali bertemu dengan PenciptaNya. Berita sedih ini dikongsikan oleh Ali dan juga abangnya, Abam menerusi akaun Instagram mereka. Rata-rata netizen turut tersentuh dengan perkhabaran ini.

Menerusi akaun Instagram, Ali Puteh berkongsi gambarnya ketika remaja semasa berumur 15 tahun. Menurutnya pada ketika itu beliau menerima hadiah kerana memenangi pertandingan karaoke. Tak sangka Ali mempunyai bakat menyanyi juga selain daripada bakat melawak.

Baca perkongsian Ali di bawah :

” Ni kenangan 2004.. mase ni umur sy baru 15 tahun… menang pertandingan karaoke mase ni.. hensem die mcm shahrukh khan kan ? “

Rata-rata netizen memuji rupa paras Ali sewaktu remaja. Antara komen-komen mereka :

” Shah Rukh Khan sangat .. “

” Shah ter0k kan.. “

” Mne ada mcm Shah Rukh Khan. lagi ensem ah.. “

” Shah Rukh Khan pn x blh l4wan .. “

” Silap tu Ali, Shahrukh khan la mcm awak.. “

” Hensem dri dulu sampai sekarang.. “

” Mcm buah manggis walaupun hitam akak pandang manis aje.. “

Wajah Ali tidak banyak berubah sehingga dewasa. Pastinya Ali mempunyai banyak kenangan manis ketika zaman persekolahan sehingga meningkat remaja. Nampaknya Ali bolehlah menceburi bidang nyanyian pula. Kalau dah pernah menang karaoke tu mesti suaranya mantap.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ali Puteh by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..