” Comelnya… Gemalai sangat.. Ewah.. Ewah.. “

Video Siti Aafiyah Menari Mengikut Melodi Ibunya, Dato Sri Siti Nurhaliza Menghiburkan Netizen. Alahai, Comelnya Aafiyah Menari !!

Siti Aafiyah merupakan satu-satunya anak kepada penyanyi nombor satu di Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan pasangannya Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa. Siti Aafiyah sering menjadi perhatian netizen di media sosial kerana kecomelannya.

Tidak seperti selebriti lain, Dato’ Siti tidak mewujudkan sebarang akaun Siti Aafiyah di media sosial. Namun kebanyakkan akaun yang ada di media sosial telah diwujudkan oleh para peminat Dato’ Siti. Dato’ Siti hanya berkongsi gambar dan video Aafiyah di akaun Instagramnya sendiri.

Aafiyah yang semakin membesar dan kini sudah pun berusia 1 tahun 9 bulan sudah bijak dan mempunyai pelbagai rag4m. Gelagatnya walau di mana sahaja sering di rakam oleh ibunya dan mendapat perhatian ramai netizen. Betapa Aafiyah popular seperti ibunya.

Menerusi akaun Instagram, video yang berdurasi tidak sampai seminit menunjukkan Aafiyah sedang menari mengikut rentak melodi ibunya, Dato’ Siti. Amboi, bukan main bijak lagi mengikut alunan suara ibunya. Boleh jadi penari latar ibunya ni.

Tonton video di bawah :

” Ewah ewah #Aafiyahanakibu dah start tunjuk skill menari ikut melody. Sedapnya melodi ibu.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat skill menari Aafiyah. Antara komen-komen mereka :

” Wahh… Comel nya awak ct aafiyah.. “

” Comelnya … Gemalai sangat.. “

” Lucunya Aafiyah.. “

” Pandainya.. “

” Amboi.. Iye ke Aafiyah tu.. Cm tk caye lak aunty.. “

Alahai, comel sangat Aafiyah. Pandai pula buat gaya tarian yang mengikut irama lagu. Mesti ibunya ajar atau pun disebabkan selalu menonton ibunya menyanyi dan menari di pentas. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Miss Fiena by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..