” Ni ayah dengan anak-anaknya atau abang dan adik-adiknya.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Hafidz Roshdi Bersama Dua Orang Cahaya Matanya Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Makin Besar Humairah Dan Umar, Comel Dan Cantik !!
Hafidz Roshdi merupakan seorang pelakon yang memulakan kerjayanya sejak menjadi peserta Hero Remaja 2011/2012. Sehingga kini, sudah banyak hasil lakonan Hafidz sama ada drama atau pun filem.
Meninjau ke akaun Instagram, Hafidz telah berkongsi dua keping gambar bersama dua orang cahaya matanya yang diberi nama Humairah dan Umar. Perkongsian ini bersempena hari lahir mereka yang berkongsi tarikh yang sama.
Hafidz mendirikan rumahtangga dalam usia yang muda bersama Nurul Shuhada Mat Shukri. Kini cahaya mata mereka sudah pun berusia 5 tahun dan 2 tahun. Wah, sekejap sahaja melihat mereka sudah semakin membesar.
Ramai yang menyatakan penampilan Hafidz yang masih nampak muda remaja bersama anak-anak seperti seorang abang bersama adik-adik. Humairah dan Umar juga nampak sangat comel dan banyak mewarisi wajah Hafidz.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan hari lahir kepada anak-anak Hafidz. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ni ayah dgn anak2 nya atau abg dan adik2 nya ? muda belia sangat ayahnya pun.. Muka nampak lainlah sekarang hafiz.. “
” Happy birthday Humairah dan Umar.. anak ke adik tuu happy birthday sicomel n siencem boy .. bestnya dua beradik kongsi tarikh.. “
” Wow putri dan putra hafiz yg cantik dan handsome. Cepat masa mereka membesar diam tk diam umairah dh 5 tahun dan umar 2 tahun.. “
” Smoga umairah menjadi anak yg soleha n umar menjadi anak yg soleh yg nanti akan membanggakan org tuanya insyaallah.. “
” Do tell them that I wish them a very happy birthday.. comel mcm abah dia masa bawah 25 tahun dulu.. ceria selalu.. “
” Comel si kakak dan si adik.. tarikh sama ke? happy birthday.. semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.. “
” Anak anak semakin membesar. Saya rasa bila remaja kelak, anak dan ayahnya mcm adik beradik… Tahniah.. “
Rasanya masih belum terlambat untuk kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Humairah dan Umar. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan juga solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hafidz Roshdi
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..