” Nasib seorang suami, bila isteri kreatif sangat.. “

Puteri Sarah Liyana Kongsi Gambar Syamsul Yusof. Part Muka Berserah Tu Paling Kelakar !!

Syamsul Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul bin Mohd Yusof ialah seorang pelakon dan pengarah Malaysia. Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi. Syamsul juga adalah antara pengarah termuda memenangi Festival Filem Malaysia Ke- 23 iaitu pada ketika beliau berusia 26 tahun.

Beliau juga merupakan anak kepada pengarah tersohor iaitu  Datuk Yusof Haslam. Hasil filem arahan beliau yang berjaya mendapat kutipan yang banyak dan pec4h panggung adalah seperti, Evolusi KL Drift (2008) dan KL G4ngster (2011).

Syamsul telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Puteri Sarah Liyana yang juga merupakan seorang pelakon pada 8 Mac 2014. Pada 9 April 2017, pasangan ini telah mendapat cahaya mata pertama yang telah diberikan nama Syaikhul Islam bin Mohd Syamsul.

Terkini, pada 16 Mac 2019, pasangan ini sekali lagi dikurniakan cahaya mata kedua mereka yang diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

Terkini, menerusi akaun instagram milik  Puteri Sarah, beliau telah berkongsi satu keping gambar suaminya. Gambar tersebut, adalah dimana Puteri sarah telah melakukan aktiviti terapi muka dan rambut terhadap Syamsul Yusof.

Baca perkongsian Puteri Sarah tersebut dibawah :

” Nasib seorang suami bila bini kreatif sangat. Tak boleh nak tahan gelak bila tengok muka suami ad0ilaaaaa.. Bertabahla sayangku, isterimu rajin sangat nak buat hair treatment and face masque kat u harini.. “

Rata-rata peminat terhibur akan kenyataan Puteri Sarah tersebut dan terhibur akan reaksi muka suaminya, Syamsul. Antara komen-komen netizen :

” Bestnyaa dapat manja2 kan diri dengan air tangan Isteri yang hebat dan love love untuk suami sendiri kann.. Semoga mahaligai kalian sampai ke jannah.. aamiin.. “

” Hahahahah sekeras2 sol,kalah ngan wife jgk… hahahaha.. “

” Muka pasr4h. Kihkkih.. “

” Muke redhoooo ter0kk weyyyy.. “

” Bertambah cantik la dia pasni .. “

” Sol sol sool.. Kalah gak ko dgn wife.. Hahahaha.. “

Haha.. Comel ja muka Syamsul. Beruntung Syamsul dapat bini macam Puteri Sarah, rajin, pandai  jaga suami. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga kalian berdua sentiasa bahagia malah hubungan terbina ini kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..