” Nampak sangat abah dia kelakar sampai anak pun gelak.. ” – Netizen

Video Thr0wback Dariya Inara Ketawa Apabila Melihat Wajah Bapanya, Jep Sepahtu Buat Ramai Terhibur. Alahai.. Belum Lagi Abah Buat Lawak, Comel Sungguh !!

Dariya Inara merupakan permata hati pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Dariya merupakan anak sulung buat Jep manakala anak ketiga buat Sari Yanti. Ini kerana Sari mempunyai dua orang anak lelaki melalui perkahwinannya yang terdahulu.

Menjadi perkara biasa buat ibu dan bapa masa kini merakam video dan gambar anak-anak sebagai tanda kenangan apabila mereka dewasa nanti. Begitu juga buat pasangan Jep dan Sari yang sering berkongsi video dan gambar Dariya di media sosial.

Dariya juga mempunyai akaun Instagram peribadi yang dikendalikan oleh Jep dan Sari. Sehingga kini akaun Instagram Dariya mempunyai 302 ribu orang jumlah pengikut. Kecomelan Dariya yang mirip seperti Jep sering menarik perhatian ramai.

Menerusi entri terbaru di akaun Instagram, satu video thr0wback Dariya bersama Jep telah dikongsikan. Dariya pada waktu itu masih bayi begitu terhibur melihat wajah Jep sehingga ketawa. Video tersebut dikongsikan sempena Hari Bapa beserta kapsyen ucapan hari bapa buat Jep.

Jom tonton video dibawah :

View this post on Instagram

Happy Father's Day Abah. My Hero. My Happiness 💚

A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on

Rata-rata netizen terhibur menonton video tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Nampak sangat abah dia kelakar sampai anak pun gelak.. “

” Abah tak buat apa pun dah kelakar.. “

” Dia tgk abah dia pun dah kelakar. Apatah lagi penonton tengok.. Haha.. “

” Kenapa kita tergelak sekali.. “

” Abah tak buat apa-apa pun anak tergelak. Ini kan pula kalau bercakap dan buat lawak lg kelakar.. “

” Muka abah kelakar eh ? “

Alahai, comel jer ketawa Dariya apabila melihat wajah Jep. Tu belum lagi abah dia buat kelakar, tak tahu lah macam mana Dariya gelak nanti. Sweet dangat gelagat dua beranak ini. Semoga Dariya Inara membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dariya Inara, Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..