” Nak lagi pishang, moh ler tag Hafreez Adam.. “

Terima Tag Daripada Netizen Pada Gambar Zara Zya Dan Azlee Khairi, Tak Sangka Ini Respon Hafreez Adam. Serius Memang Win !!

Bermula dari penyertaannya dalam pertandingan Hero Remaja 2011/12, Hafreez Adam mula mengatur langkah ke dalam dunia seni hiburan. Anak jati Kuala Lumpur ini dilahirkan pada 10 Jun 1990 dan merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik.

Menerusi drama berjudul Bila Hati Berbicara bergandingan bersama pelakon kacak Syafiq Kyle, namanya mula dikenali. Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat bin Zahalan juga merupakan seorang model. Anak muda ini yang mempunyai bakat di dalam bidang seni fotografi juga meminati bidang muzik dan animasi komputer.

Menyingkap kisah peribadinya, Hafreez pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon cantik Zara Zya. Perkenalan mereka yang bermula ketika sama-sama berlakon di dalam drama Monalisa akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta dan mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober 2019. Namun takdir sudah menentukan tiada jodoh antara mereka dan pertunangan itu terput0s sebulan kemudiannya.

Menerusi akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan cerita tentang hero dan heroin Seadanya Aku, Zara Zya dan Azlee Khairi yang saling berbalas komen di akaun sosial mereka. Keserasian Zara dan Azlee disenangi ramai peminat dan mereka menjadi pasangan hang4t sepanjang drama itu bersiaran.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen suka melihat keserasian Zara dan Azlee ini. Antara komen-komen netizen :

” Azlee khairi cepat-cepat la ye… Tak sabar nak tengok couple smurf in real life.. “

” Sukaa.. “

” Dalam cerita Mr. Arr0gant pun dua-dua berlakon sama.. “

” Kahwin jer terus.. “

” Laki dah duda, zara dah putus tunang.. “

Namun komen daripada salah seorang netizen yang men tag nama Hafreez Adam menjadi tumpuan apabila Hafreez membalasnya :


Nampaknya baik Zara mahupun Hafreez kedua-duanya sudah move on dan memulakan kehidupan baru. Bagus sikap Hafreez yang mendoakan kebahagiaan bekas tunangnya itu. Apapun jadi hidup perlu diteruskan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Hafreez akan menemui kembali kebahagiaannya suatu hari nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, IG Hafreez Adam, IG Zara Zya by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..