” Naim sentiasa mulakan nyanyian dengan Bismillah, berkat kalimah Allah.. “

Video Persembahan Naim Daniel Di Pentas Anugerah Juara Lagu 34. Peminat Puji Sikap Daniel Yang Tidak Lupa Akan Kalimah Allah. Tahniah Naim !!

Muhammad Naim Daniel bin Baharin atau lebih terkenal sebagai Naim DanielĀ  merupakan seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu. Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon kanak-kanak sebelum menceburi bidang nyanyian.

Semalam Naim telah dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke 34. Beliau mempertaruhkan lagu Sump4h yang membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM50 000. Lagu ini merupakan ciptaan Naim sendiri bersama Omar K.

Naib juara dimenangi oleh Aman Ra dan Navigator yang membawakan lagu Bangun manakala tempat ketiga dimenangi oleh lagu Anta Permana yang dinyanyikan oleh Bob Yusof. Hafiz Suip pula memenangi untuk kategori persembahan terbaik dan vokal terbaik.

Menerusi akaun Instagram, gambar Naim bersama ibunya telah dikongsikan. Naim telah bergelar juara Anugerah Juara Lagu untuk lagu berjudul Sump4h. Setelah diumum kemenangannya Naim terus sujud tanda bersyukur dan memeluk erat ibunya.

” ANUGERAH JUARA LAGU KE-34. TAHNIAH @naimdanielx.. “

Rata-rata peminat memuji sikap Naim yang selalu memulakan sesuatu dengan Bismillah. Antara komen-komen mereka :

” Kita pun ikut ‘hujan’ bila tgk dia peluk mak dia.. “

” Naim sentiasa mulakan nyanyian dgn bismillah.. berkat kalimah Allah.. “

” Bermulalah dengan bismillah , Kerna spa yg mengingati Allah , berganda rezki Allah turunkan , terima kasih Naem Daniel Kerna kau lah juara AJL 34 ini.. “

” Di mulakan dgn BISMILLAH Di akhiri dgn ALHAMDULILLAH, ASSALAMMUALAIKUM Bila umum menang tak berenti sebut ALLAHUAKBAR 3X.. “

” This is the power of bismillah. Allah always be there for you. your kindness, your hard works, the teamwork that you build for the whole performance is a masterpiece . You deserve it Naim Daniel.. “

” Bilaa kita mula sesuatu kerana ALLAH Taala, This the powerfull of bismillahhirrahmannirrahim.. “

Tidak dapat dinafikan persembahan Naim di pentas AJL memang terbaik dan paling menarik ialah solekan Naim seolah-olah seperti watak komik yang bergerak. Lagu Sump4h sememangnya mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Tahniah diucapkan kepada Naim Daniel !!

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kaki Foto, YouTube TV3 Malaysia by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..