” Nabil pun, Haji Nabil VE haha.. ” – Cepat Berita

Video Gelagat Nabil Ahmad ‘Join’ Kumpulan VE Ketika Bunda Hetty Koes Endang Memberikan Komen Buat Penonton Terbahak Ketawa. Lawak Masa Bunda Suruh VE Ikut Nabil Menari. Siap Bagi Mini Love Lagi, Haha !!

Masih lagi belum habis dengan kisah-kisah yang terjadi di pentas Gegar Vaganza 2022 Musim 9 yang berlangsung minggu lalu. Gelagat hosnya Elly Mazlein dan Nabil Ahmad menghiburkan penonton di auditorium dan juga juri.

Secara kebetulan, baju yang dipakai oleh Nabil minggu lalu sama warnanya dengan kumpulan VE dan menampakkan seperti Nabil salah seorang ahli kumpulan VE. Meninjau akaun Instagram Cepat Berita, video ketika Bunda Hetty Koes Endang memberikan komen kepada VE dikongsikan.

Bunda Hetty memang seorang yang teliti orangnya, tidak hanya suara malah gerakan di pentas juga dititikberatkan. Bunda Hetty menyuruh semua ahli VE termasuk Nabil mengulangi sedikit lirik nyanyian mereka.

Tidak sekata gerakannya, ini yang ditegur oleh Bunda Hetty. Yang lawaknya adalah gelagat Nabil yang sudah seperti ketua kumpulan pula berada di tengah. Siap Bunda Hetty menyuruh semua mengikut gerak tari Nabil lagi.

Jom tonton video di bawah :

Benar kata Bunda Hetty, bagi peserta berkumpulan seperti VE, tidak hanya keharmonian suara, tetapi gerakan juga perlu sekata kerana tidak hanya penonton di auditorium malah yang di rumah juga melihat persembahan ini.

Telatah Elly menjadi ahli muzik di belakang pentas juga menggamatkan suasana. Memang all out betul Nabil dan Elly minggu lalu. Sama-sama kita tunggu apa pula gelagat 2 hos ini pada minggu akan datang. Yang pasti, bergegarlah pentas Gegar Vaganza dengan hos yang aktif sebegini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cepat Berita, IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..