” My heart.. Diri ini masih dilema.. “

Hanis Zalikha Dirundum Perasaan Berbelah Bahagi Memikirkan Yusuf Iskandar. Rupanya Ini Puncanya. Bertabahlah !!

Menyebut nama Yusuf Iskandar, pastinya semua membayangkan si comel berkulit putih yang petah berbahasa inggeris ini. Anak kepada pasangan popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini sememangnya cukup terkenal sejak masih bayi lagi.

Manakan tidak akaun Instagram mereka sahaja mencecah jutaan pengikut. Hanis mengahwini Hairul pada 5 Jun 2015 yang lalu. Mereka dikurniakan anugerah terindah cahayamata pertama mereka pada 3 Jun 2016 yang dinama Yusuf Iskandar.

Hanis seringkali memuatnaik semua aktivitinya di rumah atau pun diluar yang dilakukan bersama-sama Yusuf. Keakraban dan kasih sayang yang ditunjukkan memang mencuit dan menyentuh hati peminat. Anak kecil ini yang penuh dengan sifat penyayang dan lemah lembut tak ubah seperti ibunya.

Menerusi akaun Instagram, Hanis Zalikha memuatnaik satu kapsyen beserta video anaknya Yusuf sedang asyik bermain. Yang menjadi tumpuan peminat adalah perasaan dilema yang sedang dialaminya kerana memikirkan untuk menghantar Yusuf ke sekolah. Memang dilema mak-mak bila penghujung tahun. Kesian Hanis !!

Jom baca kapsyen Hanis di bawah :

” My heart.. Apa perasan korang masa first time nak hantar anak pergi sekolah ? Diri ini masih dilemma nak sekolahkan dia. Maybe 4 tahun nanti lah baru sekolah. Ke 5 ? Lambat sangat kalau 5 tahun baru nak hantar kan, di zaman serba advanced ini.. “

Rata-rata peminat dilihat memberikan respond untuk dikongsikan bersama Hanis. Antara komen-komen peminat :

” Actually 5 years old pun ok, kalau nak masukkan dia darjah 1 umur 6 tahun or international school and grad by 15/16 years old.. “

” Keknis tak perlu nak cepat sangat hantar ke tadika pun. Kat rumah boleh belajar banyak jugak. Tadika only a place to meet new friends and learn how to socialize with others while ofcos belajar basic stuff. Keknis boleh je banyak yusof main kat taman, let him buat kawan with other kids and stuff dulu then around 5 or 6 ke boleh la ke sekolah. Sbb tempoh persekolahan kat malaysia pun lama until 17 years old. Let yusof enjoy being a kid first la for me.. “

” Saya mula hantar anak masa 5 tahun.. Ok je.. Dia boleh je adapt.. Memang tak nak masukkan anak terlalu awal ke sekolah, sebab as a teacher, yang mengajar sekolah rendah saya pernah dengar anak yang cakap diorang penat sekolah dan boring sebab dari umur 3y dah skolah.. Mereka perlukan masa kanak-kanak mereka.. “

” I think you’re doing a good job Keknis. Yusuf learned alot too at home. As a teacher, I can see that. My advice is you just need to enjoy your time with him. Learning is not only from school but also can start from home. I think 4 years old is okay if you want to start sending Yusuf to playschool.. “

” Perasaan dia bila melangkah pagar tadika anak nangis ibu pun menangis juga.. Huwaaa!!.. “

Sememangnya dilema yang Hanis alami tu normal bagi kaum-kaum ibu. Dek kerana mahu berpisah walaupun cuma sekejap masanya di sekolah tapi kerana sudah terbiasa anak berada di depan mata pasti mengundang sebak. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Hanis Zalikha mampu membuat keputusan yang terbaik untuk Yusuf.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hanis Zalikha by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..