” Dah cakap kat suami, suruh pergi pagi- pagi, ambil satu saja A. Jangan h1na anak kita.. “

Sharifah Shahirah K0ngsi Keputusan PT3 Anak Kepada Umum. Wow Sempoi Lah Shiera !!

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Shiera atau nama penuhnya, Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar lebih dikenali sebagai Shiera. Dilahirkan  pada 14 Oktober 1974, beliau juga merupakan pelakon, pelawak, dan pengacara televisyen di Malaysia. Bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Shiera mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini. Beliau bermula sebagai artis selepas menamatkan zaman persekolahan. Mengikut jejak langkah kakaknya, iaitu Sharifah Nor Azleenda atau Lynn yang dahulu popular di kaca TV. Penampilan pertama Shiera di layar perak menerusi filem Imigran, pada tahun 1993.

Pernah berkahwin dengan Jatt Ali, iaitu vokalis kumpulan Black Dog Bone dari Singapura dan mempunyai seorang anak perempuan. Shiera menamatkan zaman jandanya bersama Ijoy Azahari yang juga seorang pelakon pada tahun 2003. Perkahwinan itu diserikan dengan 4 orang cahaya mata Aeril (2004), Airra (2007), Audra (2009) dan Adeena (2016).

Menerusi instagram, Shiera telah berkongsi secara umum mengenai keputusan PT3 anaknya, Aeril baru-baru ini. Anak Shiera tu telah memperolehi gred A dalam subjek bahasa Inggeris , dan ikuti gred D dalam 6 subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Lisan, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Reka Bentuk Teknologi.

Ikuti perkongsian Shiera di bawah :

” Dari zaman mak dia sampai laa ke anak D je.. “

” Apa ni.. adoiiiii.. Dah cakap kat somi suh pergi pagi2 amik Satu je A.. Jangan h1na anak kita.. tau.. Kita pun macam tu dulu.. Tapi kita bayar tax.. Rajin gi umah org kawin.. Rajin gi spital tengok orang sak1t.. Bergantung kalau tak busy.. “

” Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup.. Supaya hormat org tua.. dan tak macam org lain komen kecikkan hati orang.. ye.. Hidup gelak ketawa dan kecewa.. biasa ye.. “

” Tahniah yang dapat A…  Jauhi DAD4H.. banyak D ni.. “

Rata-rata memberikan komen yang positif, memberikan semangat kepada anak Shiera dan memuji sikap Shiera yang sentiasa memberi semangat kepada anaknya itu. Antara komen-komen tersebut :

” Hehehe takpe kak tu semua bukan penentu ehhh anak beranak kito memang camtu ye tak … mai mai somban lamo tak jumpo abah haaa.. “

” Aku suka statement ni.. Yg penting jgn kalah dlm kehidupan sudah.. “

” Kehidupan ni tak bergantung sepenuhnya dengan keputusan daripada sekeping kertas.. “

” Kak shiera ni lawak dan comel… takpe sis maseh ade peluang lagi apapun tahniah tau… kirim slm dgn anak.. “

” Yang penting English vazz! I love you kakak!.. “

” Wow English A. Its ok kak shiera.. jangan put0s asa.. “

Bahasa Inggeris A .. Wow Hebat! Jangan putus asa adik, insyaallah nanti pasti adik akan berjaya. Perjalanan masih panjang dalam hidup ini. Tak semestinya kita gagal hari ini, kita akan terus gagal pada masa hadapan. Paling penting usaha dan jangan putus asa, sentiasa bersemangat.

Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapakan tahniah kepada Shiera kerana anda seorang ibu yang hebat !

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shiera Ijoy by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..