” Mummy, saya bukan anak pumpkin.. ” – Jebat Jayden

Video Berbualan Jebat Jayden Bersama Ibunya, Noor Nabila Buat Ramai Terhibur. Alahai Comel Lah Dengar Jebat Cakap, Senyuman Tu Memang Melting Habis !!

Anak pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden ini turut mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri. Ada sahaja perkongsian video terbaru tentang Jebat pastinya mendapat perhatian ramai di laman media sosial.

Terbaru, meninjau ke akaun Instagram Jebat, ibunya Noor Nabila telah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat Jebat. Menerusi video itu, kelihatan Jebat telah memakai kostum ‘pumpkin‘ sedang berjalan-jalan di ruang tamu rumahnya.

Kedengaran Nabila telah memanggil Jebat dan meminta Jebat untuk menari di depannya. Mendengar ibunya memangil dirinya ‘pumpkin‘ , Jebat terus bercakap kepada ibunya bahawa dirinya bukan anak ‘pumpkin‘ .

Perbualan Jebat bersama Nabila itu telah mendapat perhatian ramai. Ada yang memuji Jebat sekarang sudah petah bercakap. Sehingga kini, video Jebat tersebut telah ditonton lebih 76 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video gelagat Jebat di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat Jebat dan mereka juga memuji kecomelan Jebat dalam video itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comey nye Jebat. Walaupun lahir dlm keluarga yg serba mewah tp tetap berbahasa melayu, terbaekkk lah Jebat.. “

” Jebat da pandai cakap. Teraturnya bahasa. Anak aunty 12 tahun pUn cakap melayu masih berterabur.. “

” Hahahaha pandai lah dia menjawab tu, cara dia jawab pun comel. Jebat sekarang dah pandai cakap lah.. “

” Comel je “mummy, sy bukan ank pumpkin” . Anak yang baik ni, penghibur hati mummy dan babanya.. “

” Cute je bila jebat ckp”mummy saya bukan anak pumpkin”, sopan sngat. Suruh menari terus lari Jebat ni, haha.. “

” Hahahaha pandai nyer awakkkk. Mummy sye Bkan Anak Pumpkin. alahai ger4m sokmo lah ngan Jebat Jayden nimmm.. “

” Senyuman dia manehh betul supa air teh ais ikat tepi, haha. Makin besar, makin bijak lah anak teruna Nabila ni.. “

Patut lah ramai yang terhibur, comel betul bila mendengar Jebat bercakap. Semakin hari semakin bijak Jebat Jayden ni, ada sahaja gelagatnya yang mencu1it hati. Apa-apa pun, semoga Jebat terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh buat mummy dan babanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jebat Jayden Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..