” Gorgeous, tak sabar nak tengok Uqasha pakai dress pengantin.. ” – Netizen

Video Reaksi Uqasha Senrose Ketika Pertama Kali Melihat Baju Perkahwinannya Di Butik Fiziwoo Buat Peminat Teruja. Wah Sipi-Sipi Pun Dah Nampak Elegent Gaun Pengantin Ni. Dengar Fizi Kata Next Week La, Makin Kuat Bau Nasi Minyak Ni !!

Pasangan romantis, Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini menghitung hari untuk majlis perkahwinan mereka. Sekalipun masih belum dikhabarkan tentang tarikh sebenar majlis ini bakal berlangsung, namun persiapan perkahwinan mereka seperti sudah di peringkat akhir.

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah diulang siar satu posting daripada pereka baju terkenal, Fizi Woo memperlihatkan bagaimana reaksi Uqasha ketika kali pertama melihat bakal baju pengantinnya yang telahpun siap.

Kata Uqasha dalam video ini, sejak dari awal tahun lagi berkali-kali Uqasha meminta untuk melihat gambar sebenar busana pengantinnya ini namun Fizi Woo hanya memberikan gambaran sahaja. Hari yang dinanti-nantikan tiba jua untuk Uqasha dibawa untuk mencuba bajunya ini.

Reaksi wajah Uqasha yang terkej0t dan excited ketika memasuki ruang busana di simpan jelas kelihatan. Happy betul bakal pengantin melihat keindahan baju yang bakal diperagakan pada hari bahagia nanti.

Jom tonton video di bawah :

Bukan sahaja Uqasha, malah peminat-peminat Uqasha dan Kamal juga tidak sabar untuk melihat Uqasha dalam persalinan ini. Antara komen-komen peminat :

” Waa happynya dia, arghh so excited. Can’t wait nak tengok Qasha pakai nanti. Not me cry1ng.. “

” Kenapa rasa nak nang1s tiba tiba ni, aunty pun excited. Tak sabar tunggu harinya, mesti cantik sangat sangat wedding dress tu.. “

” Excited, mesti cantik dan sesuai dengan Uqasha baju ni. Dengar-dengar next week tu, boleh confirmkan tarikh tak hihi.. “

” Gorgeous, can’t wait to see her wear her wedding gown. Confirm dah mesti cantik sangat sangat bila Qasha pakai.. “

” Dress Fiziwoo mesti lawa dan ekslusif. yeayy tak sabarnya nak tengok Uqasha pakai baju ni. Mesti macam anak patung.. “

” Tak sabar nak tengok baby doll pakai dress pengantin. Fiziwoo kata yang nak dipakai next week, ee tak sabar betul.. “

” She’s so happy, lawa sangat kesayangan ni. Makin berseri seri pengantin, tak sabar nak tengok baju pengantin Qasha dan Kamal.. “

Bila dan di mana, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada Uqasha dan Kamal. Apa pun, semoga segala perancangan Uqasha dan Kamal untuk ke jinjang pelamin berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Fiziwoo, Uqasha Senrose, Kamalxuqasha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..