” Muka grandpa ni. So cute, so lucky baby.. ” – Netizen
Pasangan SM Faliq Dan Chryseis Tan Selamat Timang Puteri Sulung. Kongsi Wajah Anak Buat Pertama Kali, Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Baby, Seindah Namanya !!
Nama pasangan ahli perniagaan terkenal, SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis Tan tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasangan sama cantik dan sama padan ini sering menjadi tumpuan ramai di akaun media sosial milik mereka. Untuk rekod, pasangan anak jutawan Naza Group dan Berjaya Group ini telah diijabqabulkan pada tahun 2018.
Pada 16 Julai yang lalu, Chryseis telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9kg. Khabar gembira ini turut dikongsikan di Instagram. Melalui perkongsian sebelum ini, Chryseis cuma berkongsi gambar tangan puteri sulungnya itu.
Hasil tinjauan kami di akaun Instagram, Chryseis telah berkongsi buat pertama kami wajah puteri kesayangannya untuk tatapan pengikut-pengikutnya di laman sosial itu setelah 1 minggu usianya. Chryseis juga turut mengumumkan nama anak mereka itu iaitu Arianna Kyla Tan SM Faliq.
Peminat begitu teruja dengan perkongsian ini dan turut memuji kecomelan baby Arianna yang dikatakan seperti wajah ibunya. Namun ada juga yang mengatakan seiras dengan wajah datuknya. Pemilihan nama penuhnya yang cukup indah juga mendapat pujian ramai.
Alahai comelnya baby Arianna, jom baca perkongsian di bawah :
Comelnya baby Arianna, seindah namanya. Kecomelan baby Arianna meraih perhatian ramai, antara komen-komen netizen :
” What a bundle of joy! Congrats. Wow in name list, she will always be the 1st one.. “
” Assalamualaikum Arianna Kyla Tan SM Faliq. Semoga menjadi Anak yg solehah. Aamiin YRA.. “
” Glad to see both mother and baby are safe. Well done. Congratulations to both families.. “
” Muka grandpa ni. So cute. So lucky baby. Semoga Allah sentiasa lindungi baby.. “
” Setelah 7 hari awak diperkenalkan oleh daddy mummy. Cantiknya spti mamanya, Hi Kyla.. “
” Hi lil cute Kyla. May you grow healthy and happy. Assalamualaikum Arianna Kyla Tan.. “
” Hye Ariana Kayla always be a good daughter to your mom and dad ya.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga baby Arianna membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah yang akan membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat. Selamat berpant4ng buat ibu Arianna, jaga diri dan jaga kesihatan. Semoga dipermudahkan semua urusan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Chryseis Tan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..