” Comel je Kak Sha time ni, muka tak berubah sampai sekarang.. ” – Netizen

Shila Amzah Kongsi Gambar Semasa Berumur 8 Tahun. Alahai Sama Je Dari Dulu Sampai Sekarang, Tetap Cantik Walaupun Baju Dan Tudung Dah Sama Kaler Dengan Langsir Hehe !!

Apabila mendengar lagu Patah Seribu, pasti sudah tahu siapakah pelantun suara untuk lagu ini. Namanya bukan sahaja popular di Malaysia namun namanya juga popular di negara jiran dan kerjaya seninya sudah menapak di Tanah Besar China.

Itulah bakat besar yang ada pada penyanyi popular Shila Amzah, kerjaya seninya melebar sehingga ke China, Hong Kong dan Taiwan. Pelbagai anugerah pencapaian sudah diraih olehnya termasuklah pernah menjadi Juara dalam rancangan Asian Wave.

Anak kepada penyanyi popular era 80’an ND Lala ini bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian malah Shila juga berbakat dalam bidang lakonan. Shila pernah berlakon dalam sebuah telemovie berjudul Patah Seribu, Shila turut memegang watak utama untuk telefilem ini.

Usahawan muda yang berjaya ini sudah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya bernama Haris Idraki Elias dan mereka telah dikuniakan seorang cahayamata lelaki bernama Seth Uwais. Mengintai ke laman instagram miliknya, Shila telah berkongsi gambarnya ketika berusia 8 tahun. Alahai comelnya Shila !!

Mari kita lihat gambar Shila semasa zaman kanak-kanak :

View this post on Instagram

I really thought yellow was my colour 😁 #1998

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah) on

Perkongsian Shila ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antara komen-komen yang diterima ialah :

” Hahahaa zaman-zaman camni kaler-kaler striking ni fav.. “

” Mase ni netizen panggil shahilaamzah Shila Tekno, rindunya nak dengar suara dulu-dulu.. “

” Wait, this is really you, wah so sweet.. “

” Wah baju dan tudung sama warna dengan langsir lah. Boleh camouflage.. “

” Walau macam mana pun manis tu tetap ada.. “

” Comel je Kak Sha time ni, muka tak berubah sampai sekarang.. “

” Sedondon baju, tudung dengan langsir hehehe.. “

Alahai dari kecil sampai sekarang wajah Shila memang tak berubah pun, maintain comel dan cantik. Apa pun kami di Berita Kopak sentiasa mendoakan Shila berjaya dalam setiap bidang yang diceburi dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..