” Love ter0kkk tengok pelamin Anju, nice g1laaa. Simple dan cantik.. ” – Netizen

Zarina Anjoulie Kongsi Persiapan Pelamin Untuk Majis Bersandingnya. Wahhh Cantik Sungguh Pelamin, Walau Simple Tetap Melet0p. Untunglah Buat Majlis Masa Raya, Sambil Beraya Boleh Tengok Pengantin !!

Baru-baru ini pelakon sensasi, Zarina Anjoulie telah selamat bergelar isteri kepada kekasih hatinya yang dikenali dengan nama Eilyas Azhar. Zarina atau mesra disapa dengan nama Anju sebelum ini sudah empat tahun bergelar ibu tunggal kepada seorang anak lelaki yang bernama Martin Ezra Mikael.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Anju sendiri menerusi akaun Instagram dan Instagram Story miliknya pada hari mereka disatukan. Anju kelihatan sangat cantik memakai persalinan pengantin yang berwarna putih dan pasangan ini telah dinikahkan di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Anju kini sedang sibuk menguruskan persiapan Majlis Bersanding yang akan diadakan di rumahnya pada hari Sabtu ini. Sebelum ini Anju ada berkongsi gambar beberapa hantaran. Pastinya peminat-peminat Anju tidak sabar untuk menyaksikan Anju duduk di pelamin bersama suaminya, Yas.

Hasil tinjauan kami di akaun Instagram, Anju telah berkongsi persiapan pelamin untuk Majlis Bersandingnya esok. Walaupun nampak simple, tapi pelamin yang dihiasi itu sangat cantik. Menurut Anju, dia sendiri tidak suka sesuatu yang berlebihan. Biar simple, tapi nice.

Jom tonton video di bawah :

Walaupun pelamin nampak simple, tapi sangat cantik dipandang mata. Ramai peminat yang menyukainya. Antara komen-komen peminat :

” Nmpk kak anju mcam let1h sgt2 tu.. Ape2 pn smoga segala nya berjalan lancar.. Aamiin.. “

” Best nya tengok orang excited nak kawen. Macam saya dulu seronok sampai tak tido langsung.. “

” Love ter0kkk tengok pelamin anjuuu, n1ce g1laaa. Simple n cantik.. nmpk kebahagiaan disitu.. “

” Cantik pelamin, sangat kemas tak berserab0t. Anju congrats.. Semoga kekal hingga ke jannah.. “

” Nice.. sederhana lg baik drpada buat grand.. tapi hut4ng2 menyus4hkan idup di kemudian hari.. “

” Tak syabarr nk tgk anju duduk kt situ dgn yasss, cantik pelamin.. “

Wahh tak sabar nak tengok Anju naik pelamin pada hari Sabtu ini. Pasangan yang sama cantik dan sama padan. Kami di Berita Kopak sekali lagi ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Anju dan Yas. Semoga berbahagia sampai ke jannah dan semoga semua urusan Majlis Bersanding nanti akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina Anjoulie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..