” MUET band berapa Yusuf, kecik kecik lagi English dah padu.. ” – Netizen

Video Perbualan Yusuf Iskandar Dengan Ibunya, Hanis Zalikha Dalam Bahasa Inggeris Yang Mengagumkan Ramai. Wahhh Yusuf, Slang Tu Bukan Kaleng-Kaleng. Ayat Last Tu Memang Padu !!

Anak pertama pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar antara kanak-kanak popular di Malaysia. Yusuf baru sahaja berusia 4 tahun tetapi sudah berjaya menghimpun seramai 2.8 juta orang pengikut di akaun Instagram miliknya.

Yusuf anak yang baik dan sentiasa mengikuti kata-kata mommy dan daddynya. Sikap Yusuf yang penyayang dan bertolak ansur selalu jadi pujian peminat. Hanis mendidik Yusuf dengan penuh kelembutan buatkan Yusuf jadi anak yang mendengar kata.

Yusuf merupakan seorang anak yang ceria dan petah bercakap. Seringkali dikongsikan video Yusuf berbual bersama Hairul mahupun Hanis, anak kecil ini sangat fasih dalam bahasa Inggeris. Menerusi video yang dikongsikan sebelum ini, Yusuf jarang bertutur dalam bahasa Melayu dan hanya kedengaran beberapa patah perkataan Melayu sahaja yang keluar daripada mulut Yusuf.

Menerusi akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Yusuf sedang rancak berbual bersama mommynya, Hanis Zalikha. Cara Yusuf berbual dengan kemahiran bahasa Inggeris yang lancar itu sangat seronok untuk didengari.

Jom tonton video di bawah :

Memang sudah seperti orang dewasa cara Yusuf berbual ini. Gelagatnya ini menarik perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :

” Anak soleh mommy always listen to mommy & daddy .. good boy Yusuf.. “

” I love his pronunciations. His accents, good boy Yusuff.. “

” Muet band berapa Yusof. Kecik kecik lagi English dah padu. Haih brilliant.. “

” Suka dengar bila cakenis ckp dgn anak anak. lembut je, patot la yusuf cerdik.. “

” Very good eih ! Always listen to mummy n daddy.. always be my fav boy.. “

” I’ll always listen to mummy n daddy. Good boy la Yusuf.. “

” Yusuf Iskandar ada buat tuition untuk class english tak hahahaha.. lagi power english dia dari aku.. “

” Good boy yusuf.. suka dengar cara yusuf bercakap.. “

Fuh power betul English Yusuf ni. Dah jadi kawan borak mommy tapi yang lagi penting Yusuf selalu dengar cakap mommy dan daddy. Comel sangat ayat Yusuf tu, ikhlas daripada hati sangat. Apa pun, semoga Yusuf sentiasa menjadi penyeri hidup mommy daddy, jadi anak yang soleh dan abang yang penyayang sampai bila-bila. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar, IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..