” Move on je la Cik Man. Bunga bukan sekuntum. Hahaha.. ” 

Pantun Rindu PU Azman Buat Peminat Terhibur. Alahai.. Tak Pernah Tak Lawak. Tapi Respon Daripada Nina Juren Memang Win Habis !!

Siapa tidak kenal pendakwah moden, PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man. Diberi nama Azman Syah bin Alias, di lahirkan di Kuala Lumpur dan kini berusia 38 tahun. Walaupun lahir di bandar, namun PU Azman dibesarkan di kampung halamannya di Rantau, Negeri Sembilan.

Mendapat pendidikan awal di Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan sebelum meneruskan pengajiannya di Mesir dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah selama 11 tahun. PU Azman pernah berkahwin namun usia perkahwinan nya tidak bertahan lama dan beliau berp1sah secara baik dengan bekas isterinya tanpa ada sebarang zuriat.

Bakat PU Azman mula dikesan pada rancangan Pencetus Ummah musim kedua pada bulan Disember 2014. Nyata rezeki menyebelahi nya apabila PU Azman dinobatkan sebagai juara pada program realiti Islamik itu. Setelah kemenangan itu, beliau aktif bergerak sebagai penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan juga pelakon.

Nama PU Azman semakin dikenali apabila lakonan nya di dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweetdream mendapat pujian ramai. Dan salah satu watak yang dipegang bernama Fadil seakan sinonim dengannya. Watak bersahaja namun penuh jenaka seakan-akan terlekat di hati peminat tanahair.

Menerusi akaun Instagram, PU Azman menulis sebuah kapsyen yang menarik. Berpantun sayang membayangkan dirinya, Fadil iaitu watak yang dipegang dalam drama melet0p Sweetdream. Apa yang lucu, pantunnya dibalas kembali oleh Datin Nina Juren yang mana memegang watak Lola dalam drama berkenaan.

Jom baca kapsyen PU Azman di bawah :

” Di mana kamu Lola @ninajuren.. “

View this post on Instagram

Di mana kamu Lola. @ninajuren

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Rata-rata peminat terhibur dengan pantun PU Azman. Ditambah jawapan Datin Nina Juren menambah lagi geli hati peminat.

” pu_azman satu satu …aku sayang pada mu,   Dua dua … Aku jat0h hati pada mu,   Tiga tiga … Aku rindu pada mu,   Satu dua tiga memang semua s4kit.. ” 

Antara komen-komen peminat :

” Hahaha…. Move on je la cik man.. Bunga bukan sekuntum.. ” 

” Lofadil kena buat drama sendiri ni.. “

” Jat0h tangga s4kit, dahi kene bucu. Jat0h cinta sak1t, bila dia bukan bersama ku.. “

” Terj0n tangga je lah fadil kalau rinduu.. “

” Romantic betul lah pu man ni.. “

” Masya Allah ustaz.. Power.. “

” Allah.. Tak move on lagi.. Hahhaha.. “

” Sudahh.. Kenangan lama mengusik kembali.. “

” Cinta itu tak semua indah.. “

PU Azman ni memang tak pernah tak lawak. Ada sahaja yang di posting di akaun Instagram nya untuk hiburan netizen. Iyela dalam berdakwah perlu juga ada jenaka dalam kehidupan seharian baru tak jemu orang membaca hatta menambah lagi pengikut-pengikutnya.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada PU Azman dalam apa jua bidang yang diceburi.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..