” Mi tak boleh kecek luar ko ? “

Syahmi Sazli Kongsi Kisah Di Sebalik Drama Spontan Namun Ada Yang Mempersoalkan Dialek Negeri Yang Diguna Pakai. Respon Syahmi Buat Peminat Ketawa Besar !!

Nama trio dari pantai timur ini kian popular dan meniti dibibir peminat. Siapa tidak kenal, youtuber nombor satu Malaysia, Syahmi Sazli. Pengarah muda ini menjadi penyebab kepada fenomena drama spontan yang semakin hari semakin tular.

Inisiatif Syahmi menggunakan golongan istimewa nyata memberi impak terhadap kehidupannya. Bermula hanya sekadar cuba-cuba, siapa sangka episod drama ini menjadi viral dan menjadi asbab untuk pelakon-pelakon istimewanya Yoe Parey dan Asif Suhaimi tidak lagi dipandang sebelah mata.

Dari hari ke hari, trio 3 jejaka ini semakin mendapat liputan. Maharaja Lawak Mega, Meletop, Parodi Drama Spontan dan Motif Viral menyemarakkan lagi nama Syahmi Sazli. Pencapaian terbaik yang boleh dijadikan inspirasi dan suntikan semangat untuk anak muda lain.

Menerusi akaun Instagram, Syahmi telah berkongsikan video dimana beliau bersama pelakon istimewanya Yoe Parey dan Asif Suhaimi semasa temuramah untuk siaran TV9. Anak muda yang penuh bersemangat dan kreatif dalam memperjuangkan nasib insan-insan kurang upaya, terbaik !

Jom tonton video di bawah :

” Sedutan mengenai FEN0MENA DRAMA SPONTAN di Imbauan 2019 TV9 (31.12.2019).. “

” Terima kasih kepada @rinamohdnoor dan team TV9 sudi datang Kelantan untuk menemubual kami Team Drama Spontan.. “

Rata-rata netizen kagum melihat kejayaan anak muda ini. Antara komen-komen netizen :

” Tahniah mi! Banggo ado anok Melayu  anak Malaysia hok gini. Support local product! All the best, jangey bereti berkarya.. “

” Terbaik mi. Semoga buleh gi koho jauh lagi insyaAllah.. Apabila kita duduk atas jangan lupa kita di bawah dulu. Always support mi dan team.. “

” Selamat tahun baru mi… Semoga terus berjaya di masa akan datang…. Terbaik.. “

” Tahniah .. Semoga bertambah rezeki.. “

” MashaAllah.. Terbaik boss.. Semoga terus success.. “

” Ambo tak boleh dengar yoe kecek.. Hahahaa sedak dengar die kecek.. “

” Kaw-kaw pekat mi.. “

Namun ada juga yang mempersoalkan dialek Kelantan yang digunakan oleh Syahmi tapi respon Syahmi memang win :

Kagum rasanya melihat semangat dan kreativiti anak muda ini. Walaupun pernah dicem0h dan dikej1 kerana mengambil golongan istimewa sebagai talent dan menggunakan dialek negeri bagi video youtubenya, Syazmi tidak put0s asa dan kini terbukti usahanya tidak sia-sia. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga team Syahmi Sazli akan semakin berjaya dan terbang lebih tinggi di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syahmi Sazli by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..