” Semoga kekal ke jannah. Very happy for you Abam Legend.. “

Zamani Slam Kongsi Gambar Majlis Resepsi Perkahwinannya Bersama Juliana. Cantik,  Sepadan Sangat !!

Siapa tidak kenal penyanyi bersuara emas, Zamani Slam. Popular dengan lagu Gerim1s Mengundang, Zamani mempunyai jutaan peminat dan semestinya di kalangan gadis remaja. Setelah lama menyepi, Zamani kembali menjadi sebutan apabila menjadi peserta Geg4r Vaganza musim kelima.

Kemunculan semula Zamani pada program itu membuatkan peminat kembali menaruh harapan. Namun Zamani membuat kej0tan buat semua peminat yang menggilainya apabila memutuskan mengahwini kekasih hatinya yang sudah 14 tahun dikenali bernama Nur Juliana Abdul Rani.

Zamani memilih untuk mengadakan majlis akad nikah sahaja dahulu pada 20 September yang lalu. Pernah mengumumkan setelah kembalinya dari mengerjakan ibadat umrah di tanah suci Mekah baru lah majlis resepsi akan diadakan. Dan akhirnya majlis yang ditunggu-tunggu peminat tiba jua.

Menerusi akaun Instagram zime production, telah dikongsikan gambar-gambar sepanjang majlis resepsi penyanyi lagenda, Zamani Slam dan pasangannya Juliana. Bagai pinang dibelah dua, kedua-duanya kelihatan kacak dan jelita di dalam busana berwarna purple itu.

Jom baca kapsyen di bawah :

” #SaatBahagiaZJ, Majlis Resepsi Zamani & Juliana. 01.01.2020.. “

Rata-rata netizen gembira melihat majlis Zamani yang meriah itu. Antara komen-komen netizen :

” Semoga kekal ke jannah .. Very happy for you abam legend..”

” Yayyy lama tunggu ni tahniahh bang , kak ju cantik, bamzek lagi la hensem.. Selamat pengantin baru.. “

” Tahniah dan selamat pengantin baru abam zamani dan kak Juliana.. “

” Sama cantik sama padan… Semoga bahgia hingga ke syurga aamiin… “

” Semoga kekal ke jannah .. Very happy for you abam legend.. “

” Cantik .. Sama padan .. Semoga kekal hingga ke jannah.. “

Lagi gambar-gambar di sekitar majlis resepsi ini di bawah :

Betapa gembira dan bahagianya bukan sahaja dapat dilihat pada wajah Zamani dan Juliana, malah terserlah di wajah kedua-dua belah keluarga. Akhirnya peminat dapat juga melihat moment indah penyanyi kesayangan ramai ini.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal aman sejahtera hingga ke akhir hayat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zime Production by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..