” Mesti baby girl ni sebab cantik berseri.. ” – Netizen

Kandungan Memasuki Trimester Kedua, Niena Baharun Muatnaik Gambar Bersama Kandungannya Yang Makin Membesar. Alahai Cutenya Baby Bump, Tak Pernah Tak Cantik !!

Umum mengetahui bahawa pelakon Niena Baharun kini sedang mengandung anak kedua. Niena telah mengumumkan berita gembira ini kepada peminatnya ketika usia kandungan mencecah 3 bulan di akaun Instagramnya bulan lalu.

Menurut Niena, kehamilannya kali ini amat berbeza dengan yang pertama. Beliau mampu menghabiskan puasa bulan Ramadhan pada tahun ini walaupun mengalam1 al4han yang ter0k. Niena berharap terus diberi kekuatan sehingga beliau bersalin.

Niena telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan bernama Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini telah dikurniakan anak sulung, Adiel Mikael yang kini menginjak usia dua tahun.

Menerusi akaun Instagram, Niena telah memuatnaik penampilan terkininya yang sudah memasuki kandungan di trimester kedua. Kebiasaannya apabila sudah memasuki trimester kedua ini, keadaan si ibu akan semakin sihat dan sudah semakin kurang al4han. Apa pun, penampilan Niena tetap cantik dan menawan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji penampilan Niena yang makin cantik dan berseri. Antara komen-komen mereka :

” Comelnya alahaiiiii ger4m tgok.. sehat selalu cik nina.. “

” Preggy pun cantik menawan… “

” Nampak kuning je..bumble bee. cantiknya mummy.. “

” Msti bby grl ni sbb cntk berseri .. h0t momma.. “

” Alhamdulillah cntik sgt seri ibu2 mngdg… “

” Tak pernah tak cantik… Always pretty.. Semoga akk niena ngn baby sentiasa sehat aminnn .. “

” Looks cute for our baby bump here nienabaharun.nb! Moga dipermudahkan yg baik2 utk kandungan u ya, Niena! “

Pastinya Niena tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata kedua ini. Diharapnya kali ini dapat girl pula. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Niena Baharun sepanjang menjalani tempoh mengandung dipermudahkan. Jaga diri dan jaga keselamatan. Semoga semuanya selamat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Niena Baharun

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..