” Merah nampak muka baby tu, mesti comel ni.. ” – Netizen

Usop Mentor Kongsi Gambar Dan Khabar Gembira Kelahiran Cahayamata Pertamanya. Wah Usop Dah Jadi Ayah. Cantik Nama Baby. Teha Pun Lawa Walaupun Tanpa Makeup. Tahniah Usop !!

Usop Mentor sebelum ini memaklumkan isterinya, Nur Fatihah Md Hashim sedang hamil zuriat sulung mereka. Kehidupan pasangan ini semakin bahagia dan menghitung hari untuk bertemu cahayamata mereka ini.

Pada perkongsian terdahulu, Usop ada berkongsikan sekeping gambar menunjukkan tangan Teha dan mendoakan agar urusan isterinya ini dipermudahkan. Memang berdeb4r apatah lagi ianya anak pertama dan belum ada pengalaman lagi untuk menghadapi situasi ini.

Meninjau entry terbaru Usop di Instagramnya, Usop telahpun memuatnaik sekeping gambar terbaru Teha memangku anak mereka. Alhamdulillah atas doa semua, Teha selamat melahirkan seorang anak lelaki.

Usop turut memberitahu nama yang dipilih untuk hero sulungnya ini iaitu Muhamad Saif Umar. Wajah si kecil ini ditut0p dengan emoji namun dapat dilihat kulitnya yang kemerah-merahan. Mesti putih macam mamanya ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

Berita gembira ini telahpun meraih perhatian daripada warganet dan ucapan tahniah membanj1ri posting oleh Usop ini. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah papa sop. alhamdulillah syukur. Moga anaknya menjadi yg terbaik utk ibubapa nanti.. “

” Allhamdulilah kirim salam kat isteri adik.. comel je ibu nya.. semoga cepat semboh.. jaga diri adik dah jadi deddy.. yeeeeee.. “

” Alhamdulillah… Tahniah… Semoga dia membesar dengan sihat, penuh Kasih sayang… Dan menjadi Da’ie, Alim, Hafiz… Bergerak menjadi asbab hidayah dan kebaikan buat ummat seluruh alam.. Aameen Allahumma aameen… Tahniah Usop.. “

” Syukur Alhamdulillah. Tahniah buat Usop sekeluarga selamat berpantang buat isteri… semoga Baby & ibunya sihat sejahtera hendaknya AamiinYaRabbal Alamiin.. “

” Congratulations teha_richer usopofficial gebu elokkkk nie…. tak sabaq nk tgok abg bby n tgok bby.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah usop dan teha.. Selamat berpantang teha.. Semoga baby membesar dgn sihat.. “

” Tahniah Usop dan Teha, dah jadi bapak dah. Syukur alhamdulillah, daddy ada genglah. Merah nampak muka baby tu, mesti comel ni.. “

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk Teha sepanjang proses melahirkan. Bermulalah fasa bergelar ibu dan ayah buat Usop dan Teha. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan semoga Baby Saif membesar dengan sihat dan selamat berpant4ng Teha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Usop, IG Teha_richer

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..