” Menyanyi sedap, mengaji pun sedap.. ” – Netizen

Kemerduan Suara Ernie Zakri Bertaranum Terima Pujian Ramai Peminat. Wah, Memang Sedap Suara Ernie. Terbaiklah Ernie !!

Taranum bermaksud mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, dan rentak dan juga irama khusus. Tidak semua orang mempunyai bakat untuk mengaji dalam bentuk taranum dengan mengalunkan seni suara.

Meninjau ke akaun Instagram Farhatul Faizurah, perkongsian videonya bersama penyanyi Ernie Zakri telah meraih perhatian ramai. Farhatul merupakan seorang juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa pada tahun 2019.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Farhatul dan Ernie telah mengalunkan suara dengan bertaranum surah Al Kausar. Farhatul membacanya terlebih dahulu kemudian diikuti dengan Ernie.

Ternyata Ernie boleh bertaranum dengan begitu baik sekali. Ramai memuji kemerduan suara Ernie dan juga Farhatul pastinya. Di ruangan kapsyen, Farhatul turut bertanya kepada netizen siapakah lagi artis kegemaran mereka yang ingin mereka dengar untuk bertaranum.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara kedua-duanya bertaranum. Antara komen-komen yang diberikan :

” MasyaaAllah powerla kak nini.. kedua-duanya saya suka.. nak dengar dengan neelofa plak.. Boleh la ngaji bertarannum kt ank insyaAllah Allah merahmati tumbesaran ank tu.. “

” Sedapnyaa MashaAllah.. cayalah, dua dua merdu.. aku tengok senyum sorg2 .. Nak dgr farha dan tokti pula.. “

” MasyaAllah..merdunya suara kedua-duanya.. Sejuk mendengar, sejuk memandang keduanya.. nyanyi sedap, ngaji pun sedap.. “

” Serupa style dan suara, masyaAllah.. muka pun dekat sama.. sedap suara sejuk perut acik dgr.. ni baru betul pakej.. “

” Masha Allah subhan Allah,nice beautiful voice,nice nicely friendly, apa.. jelas sekali perbezaan kekuatan masing2.. “

” MasyaAllah… mumtaz both of you.. eee, comelnya dua dua ni.. subhanallah p0wer dua2 nya.. anugerah allah beri.. “

” Bestnyaaaaaa dpt dekat dgn org yg hebat. Tumpang bahagia dr jauh.. berbakat sungguh.. suka dengar merdu sangat.. “

Merdu sungguh suara Ernie apabila bertaranum. Ernie bukan sahaja berbakat dalam nyanyian namun turut berbakat dalam mengaji. Semoga Ernie Zakri terus berjaya dalam kehidupan dan bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farhatul Faizurah, Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..