” Memang tak kenal yang tu Aqish. Bila dah besar makin menyerlah cantik dia.. ” – Netizen

Penampilan Puteri Balqis Dalam Music Video Lagu Jesnita Nyanyian Azzam Sham, Ariff Bahrin Dan Ammar Nobita Raih Perhatian. Wah Cantik Sangat Aqish, Memang Nampak Lain Sangat !!

Pelakon bernama Puteri Balqis bukan nama baru dalam arena seni tanah air. Sejak usianya masih kecil lagi, namanya sudah menjadi sebutan kerana bakat lakonannya yang hebat dan bagus. Pernah h1lang seketika daripada radar peminat, kini Puteri Balqis kembali membuat comeback.

Tidak hanya drama, Puteri Balqis juga banyak muncul dalam music video ( MV ) . Beberapa minggu lalu, peminat dapat menonton lakonan Puteri Balqis dalam MV Balasan Janji P4lsumu, nyanyian anak kepada Dato’ Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Puteri Balqis, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan MV terbaru yang turut dibintangi olehnya iaitu lagu Jesnita. Lagu lama ini diberi nafas baru oleh 3 orang penyanyi lelaki, Azzam Sham, Ariff Bahran dan Ammar Nobita.

Penampilan Puteri Balqis yang ayu dalam MV ini semestinya meraih perhatian ramai. Katanya peminat, nampak matang dan semakin cantik Puteri Balqis. Video ini diarahkan oleh Amirul Rizuan dan Puteri Balqis turut berkongsikan teaser untuk MV ini.

Jom baca perkongsian di bawah (tonton video penuh music video di hujung artikel) :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Teasar ini juga turut dikongsikan di Youtube rasmi Rusa Entertainment dan ramai yang tidak sabar untuk melihat lakonan Puteri Balqis. Antara komen-komen :

” Tak kisah APA orang nk cakap tentang aqish saya tetap sokong aqish semoga dapat tawaran berlakon lagi.. “

” Wow ada Aqish lagi la, love nya tengok acting Aqish. Aqish ni bila dah besar makin menyerlah cantik dia.. “

” Comelnya Aqish, lawa betul Aqish sekarang. dh lma nk tgk aqish belakon blik, berlakon video klip jd lah trubat rindu.. “

” Memang tak kenal yang tu Aqish, cantiknya dia. Ingatkan model biasa tadi, lagu ni best. Melet0p dulu.. “

” Hadir dari tiktok… dgr citer ada ratu dlm ni .Tak sabar nak tengok lakonan aqish dalam lagu INI.. “

” Aqish love you, rezeki lagi. Please trending, semoga berjaya Aqish tak sabar tunggu ni.. “

” Aqish, makin cantiknya dia. sekilas pandang macam Fasha Sandha pun ada. manis ayu je berbaju kurung macamni.. “

Betul kata peminat, semakin meningkat remaja, semakin jelita Puteri Balqis ini. Ketika kecil dahulu comel dan ratu air mata, apabila sudah besar semakin ayu sekarang. Semoga karier seni Puteri Balqis semakin bersinar dan terus success dalam lakonan. Sama-sama kita nantikan tayang penuh music video Jesnita pada hari ini (19 Oktober 2022), jam 5 petang di Youtube Channel Rusa Entertainment.

Tonton video penuh di bawah :

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Morosechild, Youtube Channel Rusa Entertainment

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..