” Memang love sangat lah tengok dua-dua ni, penuh budi bahasa bila bercakap.. ” – Netizen

Video Noorkhiriah Bertemu Dengan Datin Lisa Surihani Tarik Perhatian Ramai. Alahai Lembut Je Dengar Cara Khiriah Dan Datin Lisa Bercakap, Dua-Dua Cantik !!

Nama pelakon Noorkhiriah memang dikenali ramai. Khiriah antara selebriti yang sudah lama bergiat dalam industri seni tanah air. Boleh dikatakan kesemua drama hasil lakonannya mendapat pujian para penonton.

Meninjau di akaun Instagram, Khiriah telah memuatnaik satu video yang memaparkan Khiriah telah bertemu dengan Datin Lisa Surihani di sebuah majlis. Dalam video itu, ketibaan Datin Lisa telah disambut mesra oleh Khiriah.

Kedengaran kedua mereka berborak seketika dan saling tersenyum antara satu sama lain serta saling berpel0kan. Tulis Khiriah di ruangan kapsyen, Khiriah menyifatkan Datin Lisa seorang yang tinggi adab dan akhlaknya. Perkongsian video oleh Khiriah tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan suka melihat gaya Datin Lisa dan Khiriah dalam video kerana kedua-dua mereka merupakan wanita yang penuh budi bahasa. Bukan itu sahaja, penampilan Khiriah serta Datin Lisa turut mendapat pujian.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai video pertemuan Khiriah dan Datin Lisa. Pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulillah masyallah tabarokallah.. Memang love sangat lah dua-dua ni, penuh budi bahasa bila bercakap. 

” Subhanallah. Sejuk mata memandang. Dua2 menutup aurat dgn sempurna. Sesuatu yg Allah suka itu pasti akn terlihat jauh lebih indah. InshaAllah. Amiin.. “

” Suka suka suka sangat Kak Khiriah dan Datin Lisa. Semoga  mereka terus istiqomah & trs dirahmati Allah, amin.. “

” Cantik kalian b2 semoga dikurniakan kesihatan yg terbaik fizikal n mental serta dilimpahi rezeki yg luas lagi berkat n berjaya dunia akhirat.. “

” Dua dua sy minat. Cantik, sopan dan Subhanallah…. Penghijrahan yang sangat-sangat ayu dan penuh bermakna.. “

 ” Dua2 cantik dan ayu serta solehah.. Manis betul lah Datin Lisa dan Khiriah. Alhamdulillah dua-dua masih kekal istiqamah.. “

” Dua2 cantik… Anugerah terindah.. Nampak lembut betul masing-masing bila bercakap. Suka Lisa dan Khriah dari dulu lagi.. “

Alahai bukan sahaja berbudi bahasa, malah sejuk mata memandang melihat penampilan manis Datin Lisa dan Khiriah. Apa-apa pun semoga mereka berdua terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG khiriah17

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..