” Bahagia melihat keluarga besar Dato’ bersama isteri dan anak-anak.. ” – Netizen

Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah Kongsi Gambar Bersama Keluarga Besarnya Raih Perhatian Warganet. Alhamdulillah, Sudah Dewasa Anak-Anak, Manis Semuanya Macam Tok Abah !!

Siapa tidak kenal dengan nama Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Pakar motivasi tersohor negara ini seorang yang cukup peramah dan sentiasa kelihatan ceria. Ayat-ayat yang dituturkan oleh Dato’ Dr Fadzilah memberikan semangat buat para pendengar.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, telah dikongsikan sekeping gambar Dato’ Dr Fadzilah bersama isteri, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya. Bukan selalu ye dapat melihat gambar keluarga besar Dato’ Dr Fadzilah ini.

Semuanya tersenyum sahaja dan warganet menyifatkan keluarga Dato’ Dr Fadzilah ini sebagai keluarga bahagia. Mesra dengan sapaan Tok Abah, figura ini turut berkongsikan di kapsyennya kasih sayang seorang ayah.

Kata orang kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Banyak yang dirungkaikan oleh Dato’ Dr Fadzilah mengenai peng0rbanan seorang ayah yang kadang kala tidak terlihat dan disedari oleh anak-anak.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Dato’ Dr Fadzilah ini telahpun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” MasyaAllah Tabarakallah.. beautiful family photo. Semoga Allah berikan ke’aafiatan buat Dato’ Dr sekeluarga sllu.. InsyaAllah Aamiin.. “

” Alhamdulillah… bahagia melihat keluarga besar Dato bersama isteri dan anak2 yg dewasa, semuga terus dato berjaya membawa keluarga hingga ke syurga aamiin… aamiin.. “

” Alhamdulillah…. Keluarga Bahagia… Coretan yang sangat tepat dan saya sentiasa mengingati dan merrindui Arw4h Abah.. “

” Lama tak nampak Datin. Last jumpa masa join research team di Fakulti Pendidikan UPM. Semoga Datuk, Datin n family sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa. Aamiin.. “

” Terimakasih tok abah atas perkongsian. Semoga Allah permudahkan urusan, merahmati & memberkati kehidupan tok abah seklrga. Alfatihah di hadiahkan kpd ayah, abah, papa, daddy, babah & walid samada yg tlh meninggalkan kita atau yg masih hidup.. “

” Al fatihah buat ayah & abah serta semua ayah yg telah kembali kpd penciptaNya… Dan semoga Allah kurniakan kesihatan & kekuatan utk semua Ayah-ayah yg masih berjuang utk keselesaan keluarga tersayang.. “

” Alfatehah buat arw4h ayh, yg tak pernah dpt ku ketemu.. semoga rindu ku mncapai utk brtemu.. d Syurga nnti.. dgn Rohmat Allah.. brsama Syafa’at Nya, Aamiin.. “

Kata-kata yang indah tentang seorang ayah dari kaca mata seorang lelaki. Semoga Dato’ Dr Fadzilah Kamsah sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu. Al-fatihah buat semua ayah-ayah yang telah tiada. Kasihnya ayah tiada gantinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fadzilah Kamsah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..